Pernah tak korang terserempak dengan orang yang lagi tinggi dari korang? Apa perasaan korang terhadap orang tinggi? Aku nak cerita dekat korang pengalaman sebagai orang yang berukuran 180cm. Tak kira kemana aku pergi, mesti ada orang yang akan pandang aku, lepastu dia akan pandang ke kaki aku. Nak tahu kenapa? Diorang nak tahu sama ada aku pakai heels atau tak. Mestilah tak. Aku tak minat langsung pakai heels dan seangkatan dengannya. Nak kata aku ni macam lelaki, tak kot. Cuma aku selesa pakai sandal lelaki, nampak cool gitu. Gelak sorang-sorang.
Aku sebenarnya ikut genetik mak aku. Ayah aku rendah sampailah sekarang. Aku sebenarnya rendah dulu. Aku ingat lagi masa tu darjah tiga, kelas ada cek berat dengan tinggi. Masa tu tak silap tinggi aku, 145cm. Naik darjah empat, tinggi aku naik mendadak ke 154cm. Bermula dari situ, bila beratur sahaja mesti duduk belakang sekali. Siap junior aku bagi gelaran lagi tu; KLCC, hantu galah dan si tikus. Macam mana sesat tikus tu, aku pun tak tahula. Orang selalu kata lelaki akan lebih tinggi bila meningkat dewasa tapi aku bukan lelaki. Dalam kalangan adik-beradik aku pun, aku yang paling tinggi.
Bila aku pergi tempat terbuka seperti pasar malam memang banyak orang pandang. Mestilah aku tahu orang pandang aku, sebab diorang kata tingginya dia. Korang tak pernah tengok orang tinggi ke? Kejadian ni berlaku semasa aku pergi pasar malam dekat Kuantan, aku bukan kisah sangat dekat orang, lebih-lebih lagi bila ada banyak makanan depan mata. Tiba-tiba, mak aku cakap ada orang cakap pasal aku. Ada budak lelaki 3 orang, diorang cakap aku ni murah rezeki. *senyum sikit*. Mesti diorang ni memang tak pernah jumpa perempuan yang lagi tinggi dari diorang kan. Sebelum aku balik, ada lagi 2 orang lelaki dah otw nak balik, sanggup patah balik semata-mata nak ukur ketinggian dia dengan aku. Pelik sangat ke aku ni? Okaylah setakat di sini saja coretan aku.
p/s: Sebenarnya tengah tak sihat ni, time ni la idea nak muncul. Banyak idea tapi semuanya draft. Nak buat macam mana, kena ikut mood kita la ya.
4 comments
gigih laki tu patah balik nak ukur tinggi dia..haha
ReplyDeletemungkin dia tak pernah jumpa orang lagi tinggi daripada dia kot
ReplyDeletewowww, tinggi sekarang 180 cm? tingginya
ReplyDeleteitulah reaction yang mya selalu dapat terutamanya daripada budak-budak.
ReplyDelete