Bukit Fraser, Pahang

by - 16:00


Salam dari Raub ,Pahang. Salam angin sejuk 17-24 C. Mujur tidak beku di sini. Kalau di Pahang nak lokasi sejuk selain Genting Highland, atau Cameron Highland bolehlah memandu atau merempit ke Bukit Fraser. Kalau dari rumah akak di Gombak,tidaklah jauh sangat,tapi kalau naik motorsikal mahu lenguh juga. Kami naik bertiga motorsikal elegan dari Gombak ke Bukit Fraser.  Bergerak dengan kadar kelajuan selamat. Sampai juga kami di Bukit Fraser,

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my


Sebenarnya Bukit Fraser ini sering dikunjungi oleh pelancong tempatan untuk bermalam dan menikamati kesejukkan suasana malamnya. Kerana malam di bukit Fraser ini tiada aktiviti yang boleh dibuat,kecuali makan dan minum di kiosk atau gerai berhampiran Masjid . Mungkin siang hari bolehlah bawa anak-anak naik kuda,seperti gambar di atas. Khabarnya ada juga aktiviti memanah di lokasi yang sama tetapi ketika kami ke sana tiada pula staf.

ceritaku.my

Gambar ini diambil depan kedai,betul-betul berhadapan landmark Bukit Fraser.

ceritaku.my

Ini pula batu/ tugu penerangan mengenai Bukit Fraser yang berada di bawah ,sebelum menaiki Bukit Fraser.

ceritaku.my


Kami menginap di rumah kerajaan/rumah persekuatuan. Sempatlah ambil gambar atas sebelum letak di mana entah. Ooooo..nak tahu cara booking rumah ini. maaflah kami main terjah,mujurlah ada kosong dapatlah tidur sana,kadar rm60 semalaman. Sekali lagi jangan tiru gaya terjah kami.Tapi kalau dah tertiru jangan marah kalau terjah dan tiada bilik. Tak salah sesekali kita uji nasib dan cuba manalah tahu ada rezeki. Bak kata orang tua,tak cuba kita tak tahu. Uji nasib,uji rezeki,jika itu rezeki kita pasti kita dapat.


Info lanjut : boleh terjah di Wikipedia.blog 1, blog 2 dan sebenarnya akak letih menaip maklumlah puasa. Selamat berpuasa nanti kita jumpa lagi.

You May Also Like

0 comments