Assalamualaikum,
Hari ini mya nak review pasal Jamu VHerb keluaran Nurraysa. Mya buat pertama kalinya makan jamu untuk diri sendiri. Selalunya tengok orang makan je. Kalau nak tunggu dah sakit baru nak makan, baik makan sejak muda lagi kan. Sekurang-kurangnya kesihatan badan boleh terjaga.
Mya dah seminggu makan jamu ini. Jamu ini sepatutnya kena makan 2 kapsul pada waktu pagi dan malam. Disebabkan mya first timer, mya makan 1 kapsul sahaja selepas sahur dan selepas berbuka. Kesan yang mya dapat selepas consume jamu ini untuk seminggu ialah dapat buang angin dalam badan, sistem pembuangan lancar dan masalah keputihan semakin berkurang. Jangan lupa banyakkan minum air kosong. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Jamu ini diproses menggunakan 4 bahan semulajadi iaitu:-
- Ubi Kunyit
Mengurangkan darah beku dan mengecutkan rahim selepas bersalin. Ia juga berfungsi sebagai antioksida, mengurangkan kolesterol, penyembuhan luka dan lain-lain. - Akar Kacip Fatimah
Membekalkan tenaga terutamanya kepada anak dara dan wanita yang dah berkahwin, melewatkan proses penuaan dan banyak lagi. - Buah Manjakani
Mencantikkan kulit wajah, menstabilkan hormon, melancarkan peredaran darah dan mujarab untuk merawat luka luar dan dalam. - Akar Serapat
Menegangkan otot dan sendi, membuang toksin dalam badan, melicinkan kulit dan memperbaiki dan menegangkan tisu faraj.
Kebaikan Jamu VHerb ini pula ialah:-
- Membantu mengurangkan sakit senggugut.
- Membantu menurunkan berat badan.
- Melancarkan aliran darah dalam badan.
- Melambatkan proses penuaan.
- Merawat masalah keputihan
- Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- Melancarkan peredaran darah dalam badan.
- Membantu kulit lebih halus dan mencegah jerawat.
- Melegakan kekejangan otot rahim dan mengatasi kelesuan ketika haid.
Jamu VHerb ini sesuai untuk gadis yang sudah akil baligh, wanita bujang, wanita yang sudah berkahwin dan wanita dalam pantang. Jamu ini DILARANG sama sekali untuk wanita hamil, bayi atau kanak-kanak dan lelaki.
Itu sahaja untuk hari ini, terima kasih.
Jika ingin tahu lebih lanjut tentang VHerb ini, bolehlah mesej di www.wasap.my/60192496259
#NurraysaHQ
#TeamNKR
0 comments