Tambatuon, Kota Belud
Assalamualaikum, salam jelajah dari akak. Lama menyepi bukan sengaja. Almaklumlah sibuk dengan kwajipan kerja semasa. Tetapi jalan tetap akak jalan serata alam.Untuk kali ini akak nak cerita lokasi percutian menarik,nyaman dan sejuk mata memandang. Bukan kali pertama kami ke sini . ini merupakan kali ketiga kami jalan sini dan ini adalah kali pertama kami menginap dengan kadar rm50 semalaman.Dari penginapan kami boleh nampak jelas Gunung Nungkok yang sekarang sangat popular sebagai lokasi hiking kawasan Kota Belud kini.Untuk link lanjut klik Tambatuon.
Ini pemandangan dari depan lokasi kami bermalam. Seronok boleh bermain kejar-kejar,masak-memasak dan paling penting menginap dalam lokasi kampung yang nyaman dan jauh dari kebisingan bandaraya.
Jangan terkejut walau jauh ke dalam kampung ,mereka tetap menerima pendikan formal. Bagi meneruskan pendidikan ke sekolah menengah, anak-anak kampung ini akan ke Sekolah Menengah Nanaring dan menginap di asrama .
Memang sungguh tenang dan sedap memandangkan. Aliran air yang mengalir masuk ke dalam bendang. Bukan senang nak lihat pemandangan sebegini.
3 lampiran di atas akak pamerkan untuk kalian teliti dan sekiranya berminat bolehlah hubungi yang berkenaan. Akak bukannya agen,akak bantu promosi untuk sama-sama rasa seronok melancong di dalam negara.
Ini pemandangan cahaya keemasan Gunung Kinabalu pada petang kami di sana. Menurut penduduk tempatan amat susah pemandangan cahaya keemasan sebegini dapat dilihat..patutlah ramai dikalangan penduduk yang turut sama mengambil gambar bersama kami.
Kalau dah sampai kampung orang,kenalah jalan dan beramah mesra dengan penduduk setempat. Bila berjalan barulah kita dapat ambil gambar pelbagai variasi menarik,unik dan sukar dilihat masa kini.
Kena cukup berani untuk melintasi jambatan gantung ini.
Pondok kebun yang kami jumpa dihujung kampung. Lengkap ada paip air ,boleh melepaskan lelah untuk melelapkan mata di kebun. Malangnya kami tidak jumpa pemilik kebun dan pemilik pondok ini.
Ini satu lagi keunikkan yang kami jumpa. Kenal tak apa ini? Inilah benih padi atau anak padi yang disemai setempat sebelum dialihkan ke bendang teres atau bendang bertingkat.
Jangan takut ,jangan risau penduduk di sini semuanya baik dan ramah. Kami ke kebun mereka pun tanpa bantuan guide. Jalan sendiri saja,sambil bersapa dengan pekebun. Sambil mengambil mengambil gambar pelbagai lokasi menarik disini, dapat juga berkenalan dengan penduduk sini.
Jangan lupa singgah sini kalau datang ke Sabah.
0 comments