Ayam Masak Merah | Resepi
Assalamualaikum,
Hari ini mya nak share resepi kegemaran iaitu ayam masak merah. Mya sebenarnya dah lama nak makan ayam masak merah. Tapi disebabkan adik mya yang bongsu anti sangat dengan semua jenis sos terutamanya sos cili. Mya terpaksa simpan hasrat untuk memasak resepi ini. Finally, mya dapat masak juga pada hari sabtu lepas, itupun lepas mya dah puas pujuk dia. Mya cakap, "kakak masak ayam masak merah, ya?" "Nanti rasa sos tu hilang sebab ada bahan cili kering." Dia pun cakap, "Okaylah."
Selepas itu, mya terus memasak ayam masak merah. Jom kita ke bahan-bahannya.
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam
1 1/2 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
Halia sebesar ibu jari*
2 genggam cili kering, rendam air panas - ikut atas kepedasan masing-masing*
2 batang serai diketuk
2 biji tomato potong empat
Sebiji bawang besar
Minyak masak
Sos cili secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Kisar semua bahan yang bertanda *.
Cara-cara:-
- Perap ayam dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
- Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili secukupnya.
- Masukkan ayam yang telah digoreng, serai dan tomato. Gaulkan semua.
- Bila dah mendidih, masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
- Gaul dan biarkan sehingga bawang layu sedikit.
- Tutup api.
- Hidangkan bersama nasi putih.
Mya masak untuk 3 orang; dua orang adik dan diri sendiri. Cukup sampai makan malam. Sedap sangat. Tapi kalau pedas sikit, lagi sedap.
Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih.
11 comments
Sedapnya.lagi-lagi kalau makan bsama nasi tomato
ReplyDeletesedap sangat. nak makan dengan nasi apa pun boleh.
DeleteSdapnya
ReplyDelete*thumbs up*
Deletesedap. tq share resepi.
ReplyDeleteyou're welcome :)
Deletefavourite uyul nihhh weyhh aduh lapar terus.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
uyul bolehlah cuba resepi di atas. hehehe
DeleteWow sedapnya
ReplyDeletemamapp boleh cuba resepi ini
Deletesedap ayam masak merah. my peberet. hihi.
ReplyDelete