Sports Day di Taman Pudu Ulu

by - 03:37


Assalamualaikum,

Hari ini seperti yang Mya janjikan di Instagram. Mya nak cerita apa yang berlaku sepanjang hari semasa Sports Day berlangsung. Sports Day telah diadakan pada 2 dan 3 Oktober yang lalu di Taman Pudu Ulu, Cheras. Disebabkan Mya bekerja di dalam retail company, setiap department terpaksa dibahagikan kepada 2 hari. Mya mendapat tarikh 3 Oktober 2017, pada hari Selasa. Sports Day ini berlangsung selama 6 jam dari pukul 8 pagi hingga 1 petang.

Sebelum permainan dimulakan, kami memanaskan badan dengan berzumba. Semasa kami berzumba, ada beberapa orang awam juga turut serta berzumba dengan kami. Terdapat beberapa pasukan yang terlibat antaranya; Pasukan Management, Foodline, Cashier, Hardline, Softline, Mall dan Security. Selepas itu, kami bersiap sedia untuk bermain permainan yang dianjurkan iaitu Badminton ke Laut dan Sweet Soccer. Permainan pertama ini dipanggil Badminton ke Laut kerana setiap pasukan mempunyai 5 orang. Di mana 5 orang ini perlu bermain di dalam ruang yang disediakan. Pemain hanya dibenarkan keluar sebelah kaki untuk menangkap bulu tangkis. Cara pemarkahan pemainan ini adalah seperti biasa cuma; pasukan lawan akan mendapat mata percuma jika pemain mengeluarkan kedua-dua belah kaki dari ruang yang disediakan. Mya agak gementar ketika bermain kerana dah lama tak bermain untuk pertandingan. Pasukan kami iaitu Softline Team banyak melakukan kesilapan terutamanya memukul bulu tangkis ke jaring. Pasukan kami berjaya sampai ke pusingan akhir.

Bagi permainan Sweet Soccer pula, setiap pasukan hanya dibenarkan 5 orang pemain iaitu 3 lelaki dan 2 wanita. Cara untuk bermain Sweet Soccer ini pula, setiap pemain perlu memakai kain batik atau kain pelikat. Mya hanya bermain satu pusingan sahaja kerana permainan menjadi ganas. Pemain lelaki menyepak bola terlalu tinggi dan terkena pemain wanita. Mya agak trauma untuk meneruskan permainan ini selepas terkena bola di muka. Nasib baik tak kena cermin mata, kalau tak minta ganti rugi. Pasukan kami hanya dapat bertahan sehingga pusingan kalah mati. Kami juga terpaksa lepaskan peluang yang ada kerana pemain lelaki pasukan kami tidak mencukupi.

Walaupun pasukan kami tidak dapat masuk pusingan separuh akhir untuk Sweet Soccer, kami berjaya memenangi tempat kedua permainan Badminton ke Laut. Pasukan kami juga membolot hadiah pemain terbaik lelaki dan wanita. Mya agak terkejut apabila nama Mya diumumkan kerana memenangi pemain wanita terbaik untuk permainan Badminton ke Laut. Yang paling penting, Softline Team a.k.a Team Armageddon memenangi hadiah sepanduk terbaik.

Wan terima hamper daripada Cik Hanim
Team Armageddon with Prizes
Team Armageddon with Prizes.

Hari Sukan ini memberikan Mya ruang untuk merapatkan silaturrahim antara pasukan dan department yang lain. Mya juga dapat melepaskan tekanan dengan bermain secara sihat. Hari Sukan ini memang menyeronokkan walaupun penat. 

Staff AEON Maluri memang terbaik!!


You May Also Like

1 comments

  1. tentu best kan, dapat keluarkan peluh di samping mengeratkan silaturrahim

    ReplyDelete