DATARAN BENGKOKA
Salam kejauhan dari Sabah,salam makan angin buat semua pembaca. Terima kasih kerana membaca kisah kami. Untuk trip berjalan kali ini akak nak cerita laluan kami berdua ke Dataran Bengkoka. Terletak di Pitas,dengan jarak perjalanan selama 3 jam dari Kota Kinabalu. Keras kaki tangan kalau naik motorsikal ke sini. Lokasi ini merupakan antara lokasi pendalaman Sabah. Oleh kerana jauh jaraknya,dengan jalan yang menggoyangkan urat saraf. Akak dan Abe Mat bermalam di Kupang. Penginapan di pinggir laut tetapi tepi jalan utama.
Nampak tak penginapan kami di hujung tu. Bergoyang juga bilik kami bila ombak air pasang mulai memenuhi pantai. Sangat best,sebab pertama kali tidur dalam bilik yang bergoyang macam naik sampan dipukul ombak. Yang penting lena dan nyenyak sangat sampai ke subuh.
1 comments
welcome
ReplyDelete