Assalamualaikum,
Dekat Cameron Highlands ini kita takleh expect hotel yang mewah atau macam hotel dekat bandar tu. Sebab tempat dia penuh dengan keindahan alam semulajadi yang menjadi tempat pencinta alam berkumpul. Okay kali ini Mya nak kongsikan tempat penginapan yang sesuai dekat Cameron ini. Antara hotel di Cameron Highlands ini, hotel yang paling sesuai untuk korang stay adalah berdasarkan review orang lain yang pernah pergi.
Pertama sekali, Rain Forest Inn di Ringlet. Owner tempat ni sangat friendly. Kalau korang nak cari tempat yang tenang dan privasi terjaga di sinilah tempatnya. Bayangkan korang bangun pagi-pagi dalam keadaan sejuk siap dengar bunyi air sungai, fuh bestnya hilang segala masalah di dunia. Nak makan makanan local pun senang dan sedap kat sini. Sesuai untuk orang yang minat dengan nature. Nak cari tempat ni pun senang so korang bolehlah survey dulu yer.
Sumber: Google |
Yang kedua ialah Lakehouse Cameron Highlands. Hotel ni mempunyai staff yang helpful dan friendly. Bilik pula agak selesa dan cantik designnya. Keadaannya juga bersih dan sesuai kepada pembersih di luar sana. Untuk pasangan yang baru kahwin boleh jadikan tempat ni sebagai tempat berbulan madu sebab diorang akan bagi complimentary pakej untuk honeymoon. Memang best.
Sumber: Google |
Next on the list ialah Father’s Guest House, di mana tempat ini sesuai untuk orang yang nak save bajet. Lokasi dia strategik, senang nak cari dan mudah untuk cari makan. 7 Eleven pun dekat kalau nak beli top up pun senang. Biliknya pun selesa sesuai dengan bajet yang rendah tapi yang penting bersih.
Kalau nak bawa ramai orang atau family, Mya suggest korang find out pasal Westwood Highland. Homestay ni sangat selesa untuk group yang bawa kanak-kanak untuk di didik pasal nature. Banyak bunga yang boleh dipetik dengan izin pihak homestay.
Okay kalau korang nak duduk gaya ala-ala hotel boleh cuba stay kat Cameron Highlands Resort yang dekat dengan padang golf di Tanah Rata. Resort ni ada breakfast yang sedap dan bilik yang selesa. Walaupun tiada penghawa dingin, suhu pada waktu malam memang sejuk giler. Siap ada balcony dan yang paling penting; magnificent view. Superb. Lokasinya yang strategik dan servis yang ditawarkan sangat tip top. Sesuai untuk yang pergi secara bersendirian, family ataupun berbulan madu.
Sumber: Google |
Kalau korang nak feel ala-ala negara mat salleh, korang cuba pergi ke Smokehouse Hotel, dekat juga dengan padang golf. Dekat sini design dia macam English Cottage style. Makanan pun sedap dengan lokasi yang senang nak cari. Pemandangan di sini juga amat menarik. Staff hotel pula banyak membantu dan super friendly. Mereka akan pastikan pengalaman korang dekat sini tak akan dilupakan.
Selain itu, korang juga boleh book Arundina Cameron Highland yang berdekatan dengan pekan. Walaupun Arundina dekat dengan pekan tetapi ia jauh dengan kesibukkan. Keselesaan korang akan terjamin. Tempat ini sangat dijaga rapi oleh pihak pengurusan. Setiap bilik mempunyai sebuah kipas siling. Tapi korang tak perlu risau kalau rasa panas, cuma on kan aje kipas siling tu. Arundina ini juga sangat aman dan tenang walaupun berdekatan dengan pekan. So, Arundina adalah tempat paling strategik untuk korang menginap di Cameron Highlands ini.
Sumber: Google |
Ini adalah di antara tempat penginapan paling selesa yang korang boleh survey semasa korang plan trip ke Cameron nanti. Bagi mengelakkan tempat-tempat ini fully booked, korang kena book awal-awal ye. Cara paling pantas, cuba google Traveloka atau download apps Traveloka. Dekat Traveloka ini, korang boleh cari semua hotel, semua review dan yang paling penting, korang boleh bandingkan harga untuk tarikh yang dipilih. Dengan kata lain, korang boleh save bajet hanya dengan melihat perbandingan harga sahaja. Selain itu juga, dekat Traveloka ini juga korang boleh book terus, keselamatan dijamin. Dan lagi best kalau korang register sebab korang mungkin akan dapat best offer untuk hotel. Register cepat guys!!!!
4 comments
bestnya cameron..:)
ReplyDeleteSaya baru jea planning cuti bulan September nie nak ke Cameron.. Nice sharing sis..
ReplyDeletebaru plan nak ke cameronn
ReplyDeletethanks a lot for sharing
ReplyDelete