Akhirnya dapat juga kami berdua bertemu dengan tuan punya kedai...Bang Rahmat,gelaran mesra yang kami panggil.Ucapan terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kerana dengan bantuan anak perempuan Bang Rahmat kami dapat hotel penginapan,sebelum kami bertemu dengan Bang Rahmat.Tidak lupa kepada Bang Rahmat yang asyik memberi atau menjamu kami dengan masakan yang sedap di kedai makannya.Untuk pengetahuan pembaca semua Abang Rahmat dan isteri telah selamat pulang menunaikan ibadat Haji pada tahun 2010 yang lepas.
Ini gambar motor yang penuh dengan debu Kalabakan,kalau zoom dekat memang putihlah bukan hitam lagi.Selamat juga sampai di sini.Hentian kami berdua bukan berakhir di sini,kami akan menuju Keningau yang terletak tidak jauh dari sini.Rehat sekejap menghilangkan debu-debu di pakaian kami sambil membasahkan tekak dengan minuman kosong.
Selepas melewati dan masuk melawat Sook dan Nabawan....kami menuju ke Keningau.Gelap macam nak hujan saja di depan tu.Memang hujan pun kami berhenti rehat seketika di pam minyak,sambil mendapatkan beberapa maklumat nama hotel yang berhampiran dengan pekerja di situ.Hari pun dah hampir senja.....abang Mat dah penat,dan saya pula masih dalam keadaan demam yang belum kebah.
