Di pelabuhan Pulau Pinang,persediaan dengan pelbagai urusan penghantaran ER6N ke Belawan,Indonesia. Selamat berangkat...nanti kita jumpa di Belawan....
Bertolak malam dari Gombak ke Rawang sebelum ke Pulau Pinang bagi urusan penghantaran motorsikal ER6N. Di hentian Rawang ini,dapatlah rehat sekejab sambil menunggu kedatangan Bedoq - WTR.
Perkenalkan inilah Hisham Isa atau lebih dikenali sebagai Bedoq dikalangan bikers.Beliau merupakan penaja Garmin yang akan kami gunakan di Indonesia kelak.
Kenangan bergambar di depan maskot Sarawak.
Bergambar kenangan dengan staf Tune Hotel. Ini kali kedua kami menggunakan perkhidmatan hotel ini.
Bergambar dengan staf AST LOGISTIK,kami menggunakan perkhidmatan kapal laut menghantar semula jentera 2 roda ER6N kami ke Semenanjung.
Jadual perjalanan Trans-Borneo 16 hari kami:
Day 1 - Kota Kinabalu - kami menguruskan pengambilan ER6N kami,dan meronda hingga ke Tanjung Aru.
Day 2 - Kota Kinabalu - Telok Sepanggar, meraikan Hari Terbuka TUDM - Kudat, bermalam.
Day 3 - Kudat,The Tip Of Borneo - Kota Belud, Pasar Tamu - Kundasang,bermain ikan kelah - Sandakan,bermalam.
Day 4 - Sandakan,Sepilok (Orangutan dan Batu Sapi-makanan laut), Rumah Agnes Keith.
Day 5 - Sandakan - Semporna,bermalam di Dragon Inn.
Day 6 - Sandakan - Pulau Mabul - Tawau.
Day 7 - Tawau,Kampung Titingan.
Day 8 - Tawau - Keningau (melalui jalan Kalabakan).
Day 9 - Keningau,Rahmat Cafe dan Bingkor.
Day 10 - Keningau - Labuan,melalui Banjaran Crocker.
Day 11 - Labuan - Sipitang,bermalam.
Day 12 - Sipitang - Sindumin - Lawas - Limbang.
Day 13 - Limbang - Brunei - Miri,Telaga Minyak Miri - Sibu.
Day 14 - Sibu - Kuching.
Day 15 & 16 - Kuching City dan berangkat pulang ke Semenanjung
Jarak perjalanan bermotorsikal kami sejauh 3239km.
Kepada semua pembaca ,sila klik saja pada entry kesukaan anda harap-harap ianya membantu rancangan percutian anda.
Dah nak banyak semenanjung esok,Abang Mat sedih di tepi Sungai Sarawak...esok nak pos ER6N kami melalui kapal laut,masih menggunakan perkhidmatan AST LOGISTIK.
Kuching,Sarawak.......Diiktiraf sebagai Bandaraya pada 1 Ogos 1988. Penduduknya terdiri dari Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain. Merupakan bandar ke 4 terbesar di Malaysia. Penduduk asal Kuching ialah Bidayuh atau lebih dikenali sebagai Masyarakat Dayak Darat.
Terlajak merayau dan menjelajah kampung di sekitar Kuching,saya dan suami ke Kampung Gersik. Apa menariknya di sini??...Tentulah perusahaan kek lapisnya.
Sekitar pemandangan suasana dan aktiviti petang di kampung.
Antara gambar kediaman yang menarik pada pandangan mata saya. Dah nak sampai ke Kampung Gersik...
Terlajak merayau dan menjelajah kampung di sekitar Kuching,saya dan suami ke Kampung Gersik. Apa menariknya di sini??...Tentulah perusahaan kek lapisnya.
Sekitar pemandangan suasana dan aktiviti petang di kampung.
Antara gambar kediaman yang menarik pada pandangan mata saya. Dah nak sampai ke Kampung Gersik...
