Sesampai je sana kami dah makan tadi di kedai Melayu Islam Patani. Terus tanpa melengahkan masa kami cari bilik penginapan di lokasi berdekatan. Maaf ,lupa nak ambil gambar lokasi penginapan.Rehat seketika lepas hilang lelah badan kami terus saja ronda kawasan persekitaran Pantai Pak Meng sempat pula Abe Mat membeli limau kesukaan dia.Sekejab saja meronda hari dah gelap.Masa ni,cuaca agak panas tetapi berangin,namun tetap terasa bahang panas tepian pantai.Ok...lah cukup untuk hari pertama ride.Esok nak jalan lagi.
Perjalanan dimulai pada awal pagi,biasanya selagi cerah tanah....selagi itu kami ride .Tetapi kali ini kami memilih kelainan iaitu ride santai menyusuri jalan pantai di Thailand ini.
Dari pintu masuk Danok/Satun di selatan Thai menyusur jalan terus ke Trang. Sebenarnya bila bertolak awal pagi memang seronok dapat melihat pemandangan di negara orang.Lagi pun perjalanan ini tak lah jauh sangat jaraknya lebih kurang 172km saja. Kalau laju 3 jam menunggang motorsikal sampailah di Trang. Tapi UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI KETIKA MEMANDU.
Kami ride santai terus ke Pak Meng/pantai Pak Meng lebih kurang 47 km lagi menuju ke lokasi pantai dari Trang ke Pak Meng.Memang perlahan pergerakan kami,almaklumlah ride santai. Sampai pula di sini kedai milik orang Islam Pattani...tengoklah tulisan rumi berbahasa Malaysia/Melayu.Sempat pekena sotong celup tepung lagi di sini.
Tu...dia bukti tuan motor dan enjinnya dah sampai di Pantai Pak Meng.
Lihat Peta yang Lebih Besar
Fikir-fikir akhirnya Abe Mat saya memilih tajuk Ride Andaman - ianya merangkumi laluan perjalanan dari border Malaysia iaitu keluar melalui pintu Malaysia di Bukit Kayu Hitam menuju ke Danok seterusnya melalui Trang,ke Krabi dan berakhir di Phuket.
Seperti biasa ER6 ini berfungsi sebagai pengangkutan rasmi kami. Amat berjasa dan teruji kelasakannya di jalan.Biasalah 3 kotak barangan jenama GIVI pasti penuh dengan peralatan semasa sepanjang Ride Andaman ini.
Seperti biasa ER6 ini berfungsi sebagai pengangkutan rasmi kami. Amat berjasa dan teruji kelasakannya di jalan.Biasalah 3 kotak barangan jenama GIVI pasti penuh dengan peralatan semasa sepanjang Ride Andaman ini.
Meneruskan perjalan ride ke Hanoi pula.Selamat tinggal Bac Ha.
Menarik juga pemandangan sepanjang perjalanan hari ini.
Tengok tu...ada rumah lah mesti best,hari-hari boleh mandi sungai.
Kayu-kayan ini bukan nak dibuang,semuanya akan digunakan untuk membuat pelbagai kraftangan kreatif mereka.
Simple je ...rumah kediaman mereka. Bukan mudah nak mendapatkan wang di sini.
Janji ada juga rumah sebagai tempat untuk berteduh dari hujan dan panas.
Setiap ruang tanah yang kosong tidak akan dibiarkan begitu saja,mereka akan menggunakannya sebaik mungkin.
Hidup yang simple berhampiran dengan lokasi kerja bagi memudahkan pergerakkan.
Dah selesai mandi,siap pakai baju merah jenama Vietnam Abe Mat kita.Biasalah kena jadi model saya untuk aktiviti bergambar di Sa Pa @ Sapa.Kami sampai di Sa Pa kalau tak silap dalam jam 4.00 petang waktu tempatan.Lepas meronda dalam 1/2jam lebih baru balik ke hotel penginapan untuk mandi.Lepas mandi dengan air panas...keluar bilik mandi ketar kesejukkan cuaca Sa Pa.
Untuk aktiviti memanaskan badan kami meronda di taman ini.
Seronok ya...mengayuh.
Sambil menikmati pemandangan indah,jangan lupa sejarah Sa Pa dulu-dulu...ianya terletak di bawah kuasa pemerintahan Perancis.Itu kisah zaman perang.
Keindahan Sa Pa ini mula diberi peluang untuk kita warga asing/antarabangsa menikmatinya pada tahun 1993.Perlu diketahui umum Sa Pa @ Sapa merupakan sebuah pekan/kini bandar gunung yang didiami oleh pelbagai etnik minoriti.
Haaa...ini buktinya kawasan gunung yang merupakan salah satu lokasi kediaman yang sempat saya ambil gambarnya dari jauh. Nak ke sana tak boleh laluan masuk satu...hanya tuan rumah saja dibenarkan..Makanan utama mereka nasi macam kita juga,tapi jagung pun merupakan ruji utama mereka.
Ini pula gambar yang saya ambil dari lokasi tanah tinggi berdekatan,dibawah sana ialah dataran Sa Pa.Tahukah anda Sa Pa beriklim sub-tropika musim panas,musim sejuk yang sederhana dan 160 hari berkabus setiap tahun. Nak tengok kabusnya....nanti saya cari dulu gambar dalam koleksi.
Abe Mat tak melepaskan gelaran modelnya...dengan bergambar di depan pejabat pelancongan Sapa.


























