Assalamulaikum semua....salam kembara dari saya. Sibuk dengan pelbagai urusan misi Africa Ride ini menghadkan penulisan saya. Tapi apa yang saya boleh janjikan pada pembaca sekalian....berita terkini dari misi Africa Ride ini akan tetap disajikan buat tatapan pembaca sekalian. 25/10/2013 sang demak saya pastinya sudah selamat berada dalam perut kapal menuju ke Pelabuhan Durban.
OOooooooo....mood raya Aidiladha,assalamulaikum semua pembaca sekalian. Raya pun raya juga tetapi kerja tetap kerja. Mujurlah seminggu sebelum raya Abe Mat dah siapkan beberapa urusan penting dengan agensi terlibat. Maklumlah bila raya semuanya cuti lama,jadi sebelum terjadi apa-apa yang melengahkan urusan ke Afrika ,Abe Mat bergegas ke AAM. Bagi bikers mereka tentunya dah sedia maklum ....urusan di AAM.
Sebelum dapat Carnet pastikan anda ada lesen memandu atau menunggang,tak lupa juga menjadi ahli AAM. Baiklah...saya tinggalkan pembaca sekalian dengan carnet,yang belum tahu silalah google di laman sesawang....internet dipetik oleh hujung jari anda. Salam Aidiladha buat semua umat islam.
Pada 17 hb November 2013,akan diadakan sidang akhbar atau flag off Afrika Ride di Syarikat Demak.
Assalamualaikum....salam bahagia buat semua rakan pembaca.Alhamdulillah akhirnya,misi saya untuk Africa Ride akhirnya berjaya.Saya mendapat motorsikal dari Syarikat Demak. Mesti ramai yang tertanya-tanya,maklumlah kami sibuk menguruskan pelbagai hingga berjaya mendapat Demak Evo ZR110. Pilihan warna Abe Mat ialah hitam....merah. Warna yang menawan,yang tengok mesti tertawan...
Objektif
1.Meneroka budaya dan sejarah negara yang dilawati.
2.Promosi Malaysia di peringkat global.
3.Membuktikan rakyat Malaysia juga boleh bersaing dengan bangsa lain.
Masa
November, Disember dan Januari 2013.
Route
1.Peringkat 1- Benua Afrika
A. Afrika Selatan
B. Botswana
C.Zimbabwe
D.Zambia
E. Malawi
F.Tanzania
G.Kenya
H.Ethiophia
I. Somaliland
- menyeberang Laut Merah ke Yemen.
2. Peringkat 2- Benua Timur Tengah.
A. Yemen
B. Oman
C. United Arab Emeriah ( UAE )
- menyeberang Selat Hormuz ke Iran
3.Peringkat 3- Benua Asia
A.Iran
B.Pakistan
C.India
D.Nepal
E.Thailand
F.Malaysia
3 benua,18 negara dan 25,000 kilometer.
Assalamualaikum...kawan-kawan,salam sejahtera ....sawadikap! Kali ini Abe Mat bawa rakan pembaca sekalian ke Thailand lagi. Memang keraplah ke Thailand, kita berjiran.Jom...kita ikut Abe Mat..uppss..Abe Shuiq pun ado...ehh Abe Sidi pun sama...Let's ride.
Jauh kali ini Abe Mat ride. Burapa Bike Week merupakan acara tahunan untuk perhimpunan motorsikal yang terbesar di Asia Tenggara.Tahun 2013 sudah pun berlangsung pada 15-16 Februari yang lalu.
Bersama kawan lelaki Abe Mat enjoy....di Thailand.Jom..ke Burapa Bike Week.Lokasi bike week ini ialah di Pattaya,Bangkok.Bagi rakan pembaca yang nak lihat youtube bolehlah klik ---->BURAPA (2010) Sila lihat di bawah koleksi gambar Burapa Bike Week ...
Lihat saja bukan untuk ditiru.
Aksi yang sesuai dilakukan dalam pertunjukan.
Tunggang biar selamat...untuk tontonan saja ye.
Kami dah sampai di sini,anda bila lagi...yang pernah sampai sini pasti teringat kembali kisah Burapa Bike Week bila melihat koleksi gambar ini.Saya lampiran koleksi ----->Burapa Bike Week tahun 2013.
Abe Mat bersama seorang teman yang selalu juga ride,dan minum kopi bersama.
Sempatlah bergambar kenangan di sini.
Ini pula pemandangan yang Abe Mat ambil depan di hotel penginapannya.
Suasana lengang di pagi hari.
Bersama geng bikers yang turut serta dalam Burapa Bike Week.Selesai saja meronda di Pattaya Abe Mat pun bergerak ke lokasi berdekatan.
Tepi highway laluan menuju ke Bangkok,sempat lagi ambil gambar kenangan...pssttt ini siapa yang ambil gambar siapa ni?
Lokasi beradu kali ini.Rehatkan badan untuk meningkatkan stamina nak jelajah Bangkok.
Sampai di Bangkok tak sah kalau anda tidak jelajah sekitar pasar tersohor ini.
Melayu Islam masih wujud dan ramai di Bangkok,kebanyakannya dari Patani datang berhijrah dan berniaga di Chatuchak Market yang hanya beroperasi setiap hujung minggu saja.
Bagi pembaca yang pertama kali singgah blog kami ini,saya nak maklumkan artikel mengenai Pasar Chatuchak ini anda boleh lihat di link Ceritaku untuk mu.
Geng bikers penat bawa motor,mereka semua naik train kali ini....dapatlah lihat gambar ini.
Siapa yang belum sampai ke Bangkok...bolehlah lihat serba sedikit gambar kenangan kesesakan kenderaan di Bangkok.Ini baru sikit je.
Persembahan kebudayaan adalah biasa dilakukan oleh mereka untuk memperkenalkan budaya mereka kepada pelancong asing. Hebat bukan...mereka gigih mempromosikan negara mereka.
Kalau untuk kaum hawa memang seronok,ianya umpama syurga membeli-belah bagi yang hobinya shopping.Untuk pembaca yang belum puas melihat pasar Chatuchak masih boleh ke link INI. Bye...selamat membaca.



























