Salam sejahtera,salam hujung minggu....maaf lambat untuk menulis coretan Africa Ride ini...disebabkan oleh gangguan internet yang agak perlahan. Seperti yang pembaca sedia maklum, Abe Mat sudah pun bertolak ke Africa...pada 12/11/2013 jam 3 petang. Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang bertemu dan menghantarnya di KLIA. Maaf juga kepada kawan yang terlepas berjumpa dengan Abe Mat...maklumlah ketika itu sudah pun diarahkan untuk check-in. Apa pun saya mewakili Abe Mat mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran sekalian. Terima kasih juga kepada kawan-kawan lain yang menyokong misi Africa Ride 2013. Gambar di atas ialah gambar Lapangan Terbang Colombo ketika Abe Mat transit sebelum menuju ke Mumbai.Jangan terkejut jika ada individu lain yang menamakan ia sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Katunayake atau dikenali juga dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Negombo. Agak lama Abe Mat di lapangan terbang ini,sekitar 7 jam sebelum menaiki kapal terbang ke Mumbai...nak tahu apa cerita di Mumbai...jangan lupa online di Africa Ride 2013 atau Ceritaku untuk mu. Bye...
12/11/2013 Selasa,Abe Mat akan menaiki flight ke Colombo transit di sana sebelum menjejakkan kaki di bumi Afrika. Dengan hanya satu niat, tekad dan azam yang kuat...disertai pula sokongan rakan-rakan sekalian Abe Mat akan menyelesaikan misi Africa Ride 2013. Laluan pertama yang bakal ditempuhi ialah...Gateway Of India.
![]() |
| Gateway Of India |
Semoga Abe Mat selamat sampai ke lokasi seterus.....Capetown tunggu kehadiran Abe Mat. Assalamualaikum....kita jumpa lagi di entry seterusnya,terima kasih kerana menyokong kami.
Salam bahagia,salam tahun baru hijrah 1435. Assalamualaikum...buat teman pembaca sekalian.Terima kasih kepada kalian kerana kekal setia bersama saya sepanjang masa ini. Saat yang ditunggu makin menghampiri. Detik 12/11/2013 saat yang ditunggu-tunggu oleh kami berdua. Sayangnya kali ini misi Africa Ride hanya Abe Mat saja yang menjelajah...tiada pembonceng....(kerana pembonceng berkhidmat untuk negara dan bangsa).
Gambar di atas merupakan bil yang perlu dibawa untuk membawa keluar motorsikal dari pelabuhan Durban kelak.Ianya umpama passport motorsikal,perlu dibawa bersama kelak.Berbalik pada cerita misi Africa Ride 2013 ini,bagi yang ingin berita terkini dari kami bolehlah ke halaman AFRICA RIDE 2013,selain laman blog ini.Tidak ketinggalan juga kami paparan gambar terkini berita ride di Africa ini melalui halaman facebook CERITAKU UNTUK MU.
#Tepat jam 3 petang ini,Abe Mat akan berangkat ke Africa bagi menjayakan misi Africa Ride 2013. Terima kasih kepada yang menyokong ride ini.








