Nampak tak bangunan berwarna putih,biru tu? Itulah Balai Polis Marin di Semporna,kami akan mengambil motorsikal di kediaman kawan biker seorang pegawai polis marin di situ.(psst...beliau dan kawannya telah sponsor perjalanan kami ke Pulau Mabul-jangan beritahu orang tau...heheee,Terima Kasih).
Dah nak berlabuh bot laju kami ni...demam masih tak reda,selalunya akan bertambah panas.Itulah yang merisaukan suami saya,sebab bila saya demam akan terlalu panas tapi badan menggigil. Kalau saya tidak demam mengejut ini,PASTI Pulau Mabul sudah menjadi lokasi BERADU saya.
Kami bertolak ke Semporna sesudah asar dari Pulau Mabul,perjalanan dari sana ke Semporna memakan masa hampir sejam.Tambahan pula keadaan air laut pula surut,melambatkan pergerakan bot kami di beberepa lokasi yang cetek.
Tak mengapa....kesempatan ini saya gunakan untuk mengambil beberapa gambar yang menarik untuk dikongsi bersama.
Menarik tak?Nampak seperti biasa,tapi perhati dengan hati yang tenang anda pasti merasa nikmat ketenangan di sini.
Inilah gambar kenangan yang manis saya untuk tatapan rakan pembaca blog,siapa sangka dapat mengambil gambar sebegini.Isi laut di kawasan cetek sekitar Pulau Mabul yang dapat saya ambil gambar.
Bayangkan betapa cantiknya isi laut yang saya lihat ketika bermain air tengahari tadi.Gambar yang saya ambil ini merupakan gambar isi laut cetek ketika dalam perjalan pulang ke Semporna.
Gembira rakan saya ini kerana hari saja dua kali dia main air sementara menunggu bot ke Semporna.Begitu senyum lebar,barangkali berpuas hati dengan apa yang dirasanya.