Pembuka cerita pengalaman untuk tahun 2012 beberapa hari lagi...saya akan menceritakan pengalaman ride kami berdua di Vietnam. Jalan yang kami lalui lebih kurang seperti gambar peta yang di atas.Sememangnya ia merupakan satu pengalaman yang amat mengujakan kami berdua. Apa tidaknya,kalau ride yang kami selalu buat ialah menggunakan ER6,kali ini kami uji pula kegagahan sang HONDA pula.Harap pembaca bersabar menanti terbitan Sapa Loop ini,kerana sekarang saya amat sibuk memilih gambar buat paparan JELAJAH VIETNAM UTARA.Insyaallah kita,saling berkongsi pengalaman antara satu sama lain.Sabar dan sabar menunggu edisi Vietnam awal tahun baru 2012.
Episod jelajah saya dan suami,merangkumi Pulau Sumatera,Pulau Jawa dan Borneo (Kalimantan).Perjalanan bermula dari 2 Disember 2010 hingga 27 Disember 2010.Bermula dari Medan melintasi Kuala Simpang, Lhokseumawe, Sigli,Seulawan hingga ke Bandar Aceh.Sejauh 595km jaraknya.Ride seharian dari pagi hingga malam...itulah Indonesia.
Di Aceh kami ambil kesempatan meneroka episod sedih kejadian Tsunami yang meragut begitu ramai korban.
Dari Bandar Aceh kami menuju ke Tapak Tuan,sebelum sampai di sana kami perlu melintasi Calang, Meulaboh, Blangpidie dan berakhir di Tapak Tuan sejauh 456km pun memakan masa selama seharian juga.
Sempat juga cuci ER6 di Meulaboh.Setelah semalaman di Tapak Tuan kami seterusnya menuju ke Sibolga seterusnya Subussalam sejauh 152km.Perjalanan diteruskan hingga ke Dolok Sanggul sejauh 146km dan episod hitam melalui Tarutong kami jatuh 2 kali di Aek Latong sebelum sampai di Padang Sidempuan.Walaupun jaraknya sejauh 355km saja tapi ride kami berakhir malam di Padang Sidempuan. Terima kasih tidak terhingga kepada Pak Hadi Ewanto yang membantu kami dengan menghantar anak motor Padang Sidempuan ketika kami memerlukan bantuan di Padang Sidempuan.
Jarak antara Padang Sidempuan dan Bukit Tinggi sekitar 204km.Menariknya disini ialah kami melawat Muzium Imam Bonggol dan Garisan Khastulitiwa.Terdapat beberapa nama kampung di perjalanan ini yang menarik perhatian saya antaranya Hulu Julu,Hulu Mas dan Hulu Paung.
Bukit Tinggi kota wisata seterusnya kami menuju ke Padang dan bermalam di Kerinci.Kerinci amat terkenal dengan hasil ekonominya iaitu pengeluaran kulit kayu manis.Perjalanan dari Kerinci ke Sarolangon sejauh 248km ditemani oleh biker Kerinci hingga ke Muara Imat.Perjalanan diteruskan ke Lubuk Lingau sejauh 232km melalui Muara Enim dan Batu Raja.Lalu kami bermalam di Baru Raja setelah penat membonceng sejuh 667km dari SAROLANGON ke BATU RAJA.Menuju pula ke Lampung sejauh 268km keesokkannya dengan menempuhi Martapura,Barabatu,Bukit Kemuning,Kota Bumi dan Pesawaran.Akhirnya kami berjaya menyeberangi ke Pulau Jawa dengan feri di Bakauheni.Kami berada beberapa hari di Jakarta dan menerima layanan mesra dari biker tempatan,seterusnya belayar ke Kalimantan iaitu Pontianak untuk pulang ke Tanahair melalui Kuching, Sarawak.Maka tamatlah jelajah TRANS-INDONESIA kami berdua.
Setelah menghilangkan dahaga di gerai makanan ringan di Lundu,kami terus menuju ke Bau. Sekitar 62km saja,tapi tak puas hati pula kalau tidak ke Pasar Serikin yang terkenal itu.
Kenalah kami beratur juga nak masuk ke ruangan niaga Pasar Serikin. Wah! walau pun panas terik tetapi pengunjung yang datang untuk membeli-belah tetap ramai.Maklumlah Pasar Serikin ini hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad saja.Jom..kita lihat apa yang boleh kita beli di sini..
Meriah sungguh lihat pembeli dan penjual yang ramai di sini. Khabarnya barangan di sini murah,kenalah bijak tawar-menawar antara pembeli dan penjual.Kami tak shopping pun,sebab boxes motor kami dah penuh.Baiklah selesai menjamu mata di Pasar Serikin,kami terus ke border antara Serikin (Malaysia) dan Kalimantan (Indonesia).Inilah sempadan antara Malaysia dan Indonesia,khususnya Kalimantan. Kami minta izin pasukan keselamatan negara kita untuk sampai di sini.Laluan ini agak mencabar kerana jambatan ini hanya dari kayu-kayan dan setiap papan jambatan yang patah hanya ditindih pula dengan papan yang baru diatas. Hasilnya jambatan jongkang-jongkit ,memang menakutkan kami. Sayalah orang pertama turun dari motor dan membiarkan abang Mat menolak ER6 kami.
Lihatlah jambatan yang kami lalui...jalan ini semasa kami pulang dari Indonesia (Kalimantan).Untuk pengetahuan pembaca sekalian ...laluan air dibawah tu boleh dilalui oleh kenderaan sama ada kereta atau motorsikal. Tetapi kami memilih laluan / melalui jambatan ini. Antara sebabnya laluan dibawah itu..berpasir dan kami khuatiri Er6 kami tenggelam..di sini.
Antara Sematan ke Lundu tidaklah jauh sangat,lebih kurang 18km saja jarak perjalanannya. Kami ikut jalan kampung berdasarkan peta jalan yang ditunjukkan oleh penduduk setempat. Sampai juga kami di sini,kalau nak tahu apa menarik di Lundu anda boleh baca catatan kawan blogger ini,beliau berasal dari Lundu.
Sambil meronda atas motor,dapat juga lah snap beberapa gambar...penduduk setempat membeli-belah di pasar tani.Lokasi menuntut ilmu....
Inilah 2 keping gambar yang sempat diambil,sekali tengok macam rumah kampung...(di kampung saya)
Hinggalah kami sampai di sini,kiranya inilah lokasi terakhir atau penghujung jalan bagi Lundu. Kami berhenti rehat di sebuah gerai di sini sambil borak-borak. Dalam syok bercerita tu,makcik kedai menyatakan bahawa ramai juga tenaga pengajar dari semenanjung yang berkhidmat di sini. Malangnya kami tak sempatlah berjumpa,cuti sekolah...semuanya pulang ke kampung halaman.
Bestnya malam tadi amat lena tidur,dah perlu risau nak ride ke mana-mana dah. Kami sudah sampai di Malaysia,sebenarnya di Bandaraya Kuching. Tahun 2010 yang lepas kami sudah pun menjelajah Borneo hingga ke Kuching. Tapi hari ini kami hendak lengkapkan jelajah kami yang dulu sampai di Kuching saja .. ini nak ke Sematan pula.
View Larger Map
Jarak perjalanan hari ini lebih kurang 100km saja sehala,jadi kena ride selama 1 jam dan lebih-lebih sikit,kalau kami berhenti ambil gambar atau singgah ke lokasi yang menarik perhati kami. Bestnya...dapat lihat rumah kampung,kami melalui Lundu untuk sampai di Semantan.
Sampai saja di sini kami agak terkejut kerana terlalu sunyi pekan ini dari hiruk-piruk bunyi enjin kenderaan. Macam tak percaya saja,pekan kecil yang ada pelbagai kedai untuk keperluan asas penduduk setempat tetapi agak sunyi,setelah kami selidik...rupanya inilah keadaan/situasi harian pekan ini. Kalau dulu kata mereka ada juga bas-bas awam yang berulang-alik antara Kuching ke Sematan. Namun sekarang sudah tiada. Maklum saja masing-masing sudah punya kenderaan sendiri dan lebih senang dengan pengangkutan sendiri. Lihatlah pasar taninya...tak banyak gerai-gerai yang dibuka.
Sampai saja di sini kami agak terkejut kerana terlalu sunyi pekan ini dari hiruk-piruk bunyi enjin kenderaan. Macam tak percaya saja,pekan kecil yang ada pelbagai kedai untuk keperluan asas penduduk setempat tetapi agak sunyi,setelah kami selidik...rupanya inilah keadaan/situasi harian pekan ini. Kalau dulu kata mereka ada juga bas-bas awam yang berulang-alik antara Kuching ke Sematan. Namun sekarang sudah tiada. Maklum saja masing-masing sudah punya kenderaan sendiri dan lebih senang dengan pengangkutan sendiri. Lihatlah pasar taninya...tak banyak gerai-gerai yang dibuka.
Perut macam tahu saja kami sudah sampai di Pekan Sematan. Nak sarapan dululah,masa keluar dari hotel tadi kami belum bersarapan,memang dah niat nak sarapan di Sematan.Permisi...ye kami sarapan di sini.
Sematan ini merupakan hujung/penghujung Borneo...tapi yang kami sampai ini Pekan Sematan,kalau penghujungnya kena menaiki bot untuk ke pulau yang dikatakan sebagai penghujung bagi Borneo ini.Pembaca tengok pasti terkejut dengan kebersihan pasar Sematan ini,saya sememangnya terkejut sungguh. Iyalah...tak sangka dapat melihat begitu bersihnya pasar ini. Sampaikan bila lihat jualan sayur di sini pun dah terasa enak bila dimasak. Seronoknya...di Sematan tak bising...tapi pasti sangat sunyi bila malam menjelma. Ada pelancong dari semenanjung menyatakan amat sunyi menginap di Sematan,kalau betul-betul mahu ketenangan bolehlah ke Sematan.


























