Assalamualaikum. ..apa khabar semua. Kami di Jogjakarta@Yogyakarta sihat alhamdulillah. Bersambung kisah kami ketika mula jejak kaki di Pulau JAWA ini. Dengan menaiki bas awam kami terjah lokasi penginapan di Jalan Malioboro. Lokasinya betul - betul ditengah bandar. Turun saja bas terus bertanya pada penduduk situ. Rupanya dekat sangat. Bestnya, kami pula jadi pemandu pelancong pada 2 warga Eropah yang ingin menuju lokasi sama. Berpisah kami dipertengahan jalan, kerana hotel yang kami booking melalui Agoda sangat dekat. Alhamdulillah. Selamat untuk check in. Bye...nanti saya sambung lagi, nak pergi jalan-jalan ni.
Assalamualaikum, Salam jelajah budaya serantau. Kami dah sampai di Jogjakarta@Yogyakarta...flight delay dari Malaysia. Awalnya kami dah buat perjanjian dengan tuan motor untuk terus menyewa motornya pada hari kami sampai. Tetapi bila dihubungi ...tiada jawapan dihujung talian. Keputusan diambil kami akan bergerak ke hotel. Abe Mat dah tempahan melalui Agoda. Nak tahu kami naik apa ke hotel..? Hahaaa..kami naik bas. Ianya lebih murah hanya 6 ribu rupiah untuk 2 orang berbanding dengan teksi yang mahu tambang sebanyak 80 ibu rupiah. Banyak kami jimat. Macam kampung sendiri pula. Okey..akhirnya kami selamat sampai juga di hotel. Nanti saya sambung cerita lagi. Jangan lupa gambar menarik dan terkini fb saya dan halaman Ceritaku Untuk Mu.
Assalamualaikum. ..Salam kembara, Salam jelajah budaya serantau alam dari kami. Selamat bercuti bersama yang tersayang. Jaga diri sepanjang percutian kalian. Kami pun bercuti juga..ke negara Indonesia. Insyaallah. ..pembaca sekalian akan dapat lintas-langsung dari kami sepanjang percutian di sana. Awal pagi lagi kami sudah check in mobile di rumah...senang sikit tak perlu tergopoh-gapah bila sampai di LCCT kelak.
Bila check in mobile ni..kenalah dapatkan boarding pass di kiosk AA. Scan barcode dari email terus dapat 2 boarding pass. Tetapi kena pula cop di kaunter AA yang ada di situ. Tujuannya untuk pengesahan saja. Dah selesai boleh beratur untuk urusan kastam dan menunggu di pintu pelepasan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian...kami masih menunggu untuk terbang pada jam 3 sekejab lagi. Saya tinggalkan pembaca sekalian dengan coretan ringkas perjalanan kami ini, insyaallah kalau ada peluang akan saya update perkembangan terkini kembara atau jelajah budaya kami ini. Selamat bercuti dari kami buat semua pembaca.
Assalamualaikum...salam kembara,salam jelajah bumi Allah dari kami buat semua pembaca. Apa khabar semua? Seronok mengembara jangan lupa balik kampung jumpa keluarga tersayang.Dari Kuala Lumpur ke Kelantan...eemm,untuk pengetahuan pembaca kami orang Kelantan. Jadi laluan utama Gua Musang ke Kota Bharu adalah laluan yang paling kerap kami lalui. Begitu juga laluan Kuala Lumpur-Kuantan-Kuala Trengganu-Kota Bharu... Kali ini kami ingin berkongsi laluan baru tapi sudah diketahui ramai...Kami nak pulang ke Kuala Lumpur. Abe Mat memilih untuk meneruskan perjalanan melalui jalan Lojing...dapatlah kami merasa pengalaman melalui jarak Bandar Gua Musang hingga ke persimpangan Kuala Betis...(sukar juga,jauh pula itulah tanggungjawab yang perlu adik saya lalui untuk berkhidmat kepada negara).Melepasi Lojing hingga sampai kami di sempadan negari.
Cuaca yang panas terik,perit mata menahan panahan mentari. tidak pula terasa sejuk Cameran Highland.Kalau ikutkan jarak Lojing ke Simpang Pulai hingga ke Kuala Lumpur memang jauh sedikit. Ianya lebih dekat jika kami meneruskan perjalanan dari Gua Musang ke Benta melintasi Raub,Bentong dan Kuala Lumpur. Oleh kerana mahu menikmati alam...laluan jauh jadi pilihan. Tetap berpuas-hati.Dapat lah merasa aiskrim strawberi bila singgah di kedai ini...(lihat gambar bawah).
Mujur kami tak masuk bandar ( Tanah Rata),rupanya berlaku kesesakkan disepanjang perjalanan ke Tanah Rata.Kebetulan pula banyak kedai disepanjang jalan ini tutup.Nasib baik kedai ini buka.
Uniknya kedai ini...siapa yang tahan malu,bolehlah main permainan ini.Ramai pula pengunjung,maklumlah inilah satu-satunya kedai yang buka.



