Assalamualaikum,salam jelajah pendalaman Sabah. Lokasinya lebih kurang 100km dari Bandar Kota Kinabalu.Letaknya sepanjang Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan.
Sebenarnya menurut maklumat yang akak perolehi di Weston ini. Terkenal dengan produk ko-nelayan seperti udang kering,udang segar dan ikan yang pelbagai jenis.
Malah di penghujung kampung kami turut jumpa bangunan yang dijadikan ruang kedai untuk jualan hasil kraftangan penduduk tempatan ke pelancong dalam dan luar negara. Terdapat juga restauran yang dikendalikan oleh penduduk tempatan yang menjual menu "makanan laut" kepada pengunjung.
Sebenarnya untuk melihat sendiri nelayan yang pulang dari laut dengan hasil bekalan tangkapan bukan waktu tengahari. Ianya kerap berlaku di awal pagi atau kala senja menjelang. Masa ini bukan saja pemborong yang berebut untuk membeli produk segar dari laut tetapi pembeli perseorangan juga turut boleh membeli jika bekalan banyak dan mencukupi.
Kebanyakan pendudukan disini beragama islam dan berketurunan melayu-brunei. Dari segi slanga percakapan pula lebih kurang sama cara bercakap orang "semenanjung".
Itu saja buat tatapan kalian. Inshaallah akak akan tulis lagi banyak entry yang tertangguh untuk dijadikan sebagai bacaan ringan kalian. Bye!
Assalamualaikum,
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.
![]() |
| Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah. |
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantiketuntukmati.
''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara.
''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara.
''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah.
''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.
Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihatin dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.
Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulurkan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusiaan itu lebih bermakna.
Jom kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantiketuntukmati.
Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.
Kredit : Sabahanblogger.com
Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihatin dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!
![]() |
| Kami orang Sabah Support Zaki Bijak. |
![]() |
| Kami orang Sabah Support Zaki Bijak. |
![]() |
| Kami orang Sabah Support Zaki Bijak. |
Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulurkan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusiaan itu lebih bermakna.
Jom kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantiketuntukmati.
Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.
Kredit : Sabahanblogger.com
Assalamualaikum, salam jelajah dari akak. Lama menyepi bukan sengaja. Almaklumlah sibuk dengan kwajipan kerja semasa. Tetapi jalan tetap akak jalan serata alam.Untuk kali ini akak nak cerita lokasi percutian menarik,nyaman dan sejuk mata memandang. Bukan kali pertama kami ke sini . ini merupakan kali ketiga kami jalan sini dan ini adalah kali pertama kami menginap dengan kadar rm50 semalaman.Dari penginapan kami boleh nampak jelas Gunung Nungkok yang sekarang sangat popular sebagai lokasi hiking kawasan Kota Belud kini.Untuk link lanjut klik Tambatuon.
Ini pemandangan dari depan lokasi kami bermalam. Seronok boleh bermain kejar-kejar,masak-memasak dan paling penting menginap dalam lokasi kampung yang nyaman dan jauh dari kebisingan bandaraya.
Jangan terkejut walau jauh ke dalam kampung ,mereka tetap menerima pendikan formal. Bagi meneruskan pendidikan ke sekolah menengah, anak-anak kampung ini akan ke Sekolah Menengah Nanaring dan menginap di asrama .
Memang sungguh tenang dan sedap memandangkan. Aliran air yang mengalir masuk ke dalam bendang. Bukan senang nak lihat pemandangan sebegini.
3 lampiran di atas akak pamerkan untuk kalian teliti dan sekiranya berminat bolehlah hubungi yang berkenaan. Akak bukannya agen,akak bantu promosi untuk sama-sama rasa seronok melancong di dalam negara.
Ini pemandangan cahaya keemasan Gunung Kinabalu pada petang kami di sana. Menurut penduduk tempatan amat susah pemandangan cahaya keemasan sebegini dapat dilihat..patutlah ramai dikalangan penduduk yang turut sama mengambil gambar bersama kami.
Kalau dah sampai kampung orang,kenalah jalan dan beramah mesra dengan penduduk setempat. Bila berjalan barulah kita dapat ambil gambar pelbagai variasi menarik,unik dan sukar dilihat masa kini.
Kena cukup berani untuk melintasi jambatan gantung ini.
Pondok kebun yang kami jumpa dihujung kampung. Lengkap ada paip air ,boleh melepaskan lelah untuk melelapkan mata di kebun. Malangnya kami tidak jumpa pemilik kebun dan pemilik pondok ini.
Ini satu lagi keunikkan yang kami jumpa. Kenal tak apa ini? Inilah benih padi atau anak padi yang disemai setempat sebelum dialihkan ke bendang teres atau bendang bertingkat.
Jangan takut ,jangan risau penduduk di sini semuanya baik dan ramah. Kami ke kebun mereka pun tanpa bantuan guide. Jalan sendiri saja,sambil bersapa dengan pekebun. Sambil mengambil mengambil gambar pelbagai lokasi menarik disini, dapat juga berkenalan dengan penduduk sini.
Jangan lupa singgah sini kalau datang ke Sabah.
TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.
![]() |
| Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan |
Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik
Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat.
Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan.
Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."

| Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik |
Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."
![]() |
| Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan |
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.