1 day trip to Koh Samui Part 2
Akhirnya semua selamat berada dalam perut feri dan sedia belayar ke Koh Samui.Kalau masyarakat tempatan Thailand mereka sebut "Samui" saja. Lokasi pulau ini ialah di pantai timur Segenting Kra.Berada dalam wilayah Surat Thani. Koh Samui merupakan pulau yang kedua terbesar selepas Phuket.Dah berada feri...jom kita lihat gambar-gambar aksi anak-anak semasa di dalam feri ini.
Nampak saja tiang,Mila nak menari-dek gara-gara ternampak tarian ini di Pink Lady Hotel..ermm
Baru saya perasan atas kepala lokasi tempat duduk penumpang ada cermin,patutlah anak-anak seronok memandang ke atas.
Nampak tak kereta biru kami tu...
Uppsss...Mila sopan sikit,penatlah tu.
Entah apa permintaannya...kali ini.
Sambil termenung tangan dok mengorek isi makanan ringan,memang luas feri ini. Bolehlah anak-anak kecil main kejar-kejar.
Kasihan adik ni...mesra menegur kakak Syasya,malangnya kakak tak faham apa yang dituturkannya.
Akibat buas...merayau sana-sini,Mila didenda duduk tepi tingkap feri. Muat pula saiz badannya tu.(Muka tak puas hati)
Model-model lain tak tahu main di mana,akhirnya kakak Syasya jadi model feri ini.Feri yang luas siap ada coffee corner...Tapi kami tak membeli apa pun, makanan semua kami dah beli awal-awal. Hanya menunggu sampai di daratan nak mencari lokasi sesuai untuk makan tengahari pula.
10 comments
Tarian tiang hehehhee
ReplyDeleteGara-gara..menginap di Pink Lady Hotel Hat Yai
ReplyDeletebrapa hari dok sana ?
ReplyDeletehehe...tak saba-saba menanti gambar koh samui :)
ReplyDeletehaha sy br td smp koh samui...sampai terus pusing satu pulau..eik dah habis pusing keliling..sok dah nak balik...
ReplyDeleteEn.Khairul- 1 day trip saja..sama seperti E. Kang Latep.
ReplyDeleteuuu kak pun layan ke
ReplyDeletePENGAMBILAN PENJAWAT AWAM DIJANGKA KURANG TAHUN DEPAN
wah..memang luas betul ferri ni ye..hehehe
ReplyDeleteboleh sakit leher tu bila asyik pandang cermin kat atas
ReplyDeletehehe
luas jgk feri dia...tempat duduk pon mcm selesa
ReplyDelete