Kuala Perlis,Perlis

by - 17:30

www.ceritaku.my

Trip Penang dah selsai.Kami amat jarang ke utara tanahair ni. Maklumlah terasa jauh sangat nak ke utara sana. Kali ini memang nak sangat menuju ke Perlis. Kami nak kenal Kuala Perlis yang tersohor sebagai laluan utama ke Pulang Langkawi.Di samping itu,yang paling utama nak mencuba laluan border Padang Besar yang tersohor juga sebagai laluan ke Thailand.

www.ceritaku.my

Pembaca pun dah tengok gambar atas kami berhenti,minum...kasi power perut yang dah berbunyi lagu rock.

www.ceritaku.my

Nampak tak papan tanda depan tu! Yes...akhirnya kami sampai juga di Perlis Indera Kayangan.

www.ceritaku.my

Ada muzium kayangan di Perlis ni. Kami tak sempat nak pergi muzium...mungkin lain kali kami ke sana.

www.ceritaku.my

Sampai Perlis jangan lupa ladang tebunya yang besar ini. Ingat tebu mesti ingat gula,tapi KURANGKAN MANIS DALAM MAKANAN.

www.ceritaku.my

Bukti kami sampai sini.

www.ceritaku.my

Hanya sempat ambil gambar saja.

www.ceritaku.my

Kami masih sempat merayau di sekitar kedai ni...khabarnya ada laksa sedap.

www.ceritaku.my

Berdekatan dengan lokasi ini kami menjumpai kedai Laksa kak Su yang tersohor di sini.Kalau nak tengok papan tanda kedainya tengoklah di Laksa Kak Su.Tak sempat nak ambil gambarnya,saya kebetulan demam tak ada mood nak ambil gambar.

www.ceritaku.my

Gambar laksa di kedai Kak Su. Bagi peminat laksa,anda bolehlah mencuba...kedainya di sekitar Bandar Kuala Perlis senang dijumpai. Nak tahu rasanya,kenalah datang cuba di sini dulu.Permisi...semua..mak pesan kalau makan jangan bercakap!

You May Also Like

20 comments

  1. adeh.. gambar makanan lagik....

    ReplyDelete
  2. hahahaa.. permisi lah... tengok laksa tu dah tau sedap.. laksa kuala perlis mmg terbaekkk.. :) mak pesan kunun ye.. bukan takot kena tapau bawa balik ke.. hehehehe.. just joke okeh.. lawak ujong taun...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Baik Tuan...kami sampai sana Tuan orang pertama kami hubungi...Perkenalkan biker Hasmizal dari Perlis.

      Delete
  4. nmpk sedap laksa..konpem akk makan ni kl mak mentua lalu kt depan pn xsedar..hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedar Ctom...kalau tak sedar macam mana nak makan...(gurau malam hujung minggu)

      Delete
  5. ahaha...selamat datang ke Perlis kak mah and abe mat! tengok gambar laksa tu, rasa macam nak balik kampung sekarang jugak, huhu~...windu ler!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah rindu,segera balik nanti laksa habis.

      Delete
  6. wah best.. bila la boleh join ride nih.. hehehe
    topi baru kan?

    ReplyDelete
  7. Saya nak tambah sikit Kak Mah. Kurangkan manis dalam makanan tapi tambahkan manis dalam senyuman.. hehehehhe

    ReplyDelete
  8. Salam Cikgu,

    kalau makan laksa sambe bercakap, nanti tersedakkk!
    Tapi akak ingat 15 tahun dulu, ada satu kedai jual nasi lemak kat Kuala Perlis, punyalah sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam...kak Halimah
      Agaknya kedai nasi lemak tu,masih ada tak? Boleh kita ke sana sementara akak ada di Tanah Melayu ni.

      Delete
  9. baru je ke kuala perlis isnin lepas. tapi dah pegi malam, takleh la nak bergambar berposing bagai :(

    ReplyDelete
  10. aku ni antara penggemar laksa
    nampak macam sedap tu

    ReplyDelete
  11. selamat datang ke Perlis Indera Kayangan, . . . .

    :)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete