Bering ER6 rosak
Bering ER6 rosak...ermm sesuatu yang tidak dijangka. Tapi memang dah tahu bahawa ianya dah mulai tamat tempoh. Abe Mat menjangkakan sempat untuk balik KL dan tukar. Biasalah bila dah ride,pusing sana sini masuk keluar kampung....terlebih penggunaan. Pertengahan jalan lagi saya dah rasa macam naik kuda. Abe Mat relak je...2/3 kali cakap mulalah gabra.
Mencari kedai motorsikal pun agak sukar,sebab banyak lagi kedai belum buka.Malah bukan semua kedai ada barang ganti.Kami dah siap kira lebih kurang 50km akan sampai di Padang Besar,Perlis.Ada kawan di sana boleh minta bantuan,kalau dah terdesak sangat. Bila cari...punya cari kedai jumpalah sebuah kedai kecil berhampiran Tesco Lotus...kecil je kedainya.
Tengok tokey kedai sendal motor ER6 dengan apa?
Walau pun kedainya kecil tapi boleh baiki ER6 kami.Percaya tak? Kena percaya.Tu...dia tokey kedai tak berbaju,sepatah bahasa Melayu pun tak pandai cakap. Nasib baik ada penduduk setempat orang Narathiwat yang pandai boleh jadi penterjemah kami.
Taadaaa....siap sudah ER6 kami dengan tukar bering ER6 yang rosak. Nak tahu berapa harganya duit Bath120@rm12.Mahal ke murah? Bagi anda yang ada motor ini mesti tahu ....alhamdulillah dah boleh balik Tanah Melayu dengan selamat.
10 comments
Bangsa mereka tak boleh berkomunikasi dgn pelanggan pun masih boleh cari duit Kak Mahh. Tengoklah dia buat tu bersungguh betul kan.
ReplyDeleteNasib baik jumpa dia selamat - syukur dah boleh balik:)
Betul mereka memang gigih mencari rezeki.
Deleterm12? ok jugaklah...ingatkan naik motor besar cam gini dah kena mahal dah, murah jugak yer...nasib baik jadi waktu siang, boleh jugak gigihkan diri cari kedai motor. nak simpan duit jugaklah, beli motor besar :)
ReplyDeleteKalau repair di Malaysia Abe Mat kata rm100++
Deletejauh beza tue harganya...rm12 dgn rm100..
DeleteAlhamdulillah.. murah tu Kak Mah.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang sangat murah.
Deletesmart gila la motor.. tak sangka selama ni korang selalu travel naik motor saja.. cool!
ReplyDeletealhamdulillah semuanya okay kan akak...
ReplyDeletecuti weekend ni ada gak gi ride mana2 ke akak?
belah mesia jalan cari hat murah nak kena huih tapak kasut baru buleh jumpa. 12inggit rega tukaq bearing mutu hondakap bg mat wei. apa pun ucap selamat di afrika bg mat nohhhhh.doaku dari kejauhan. jgn beli apa2 lah kat kami di sini. belanja gambaq cukuplah. :-)
ReplyDelete