Semalaman di Pak Bara
Inilah lokasi bermalam kami. Pemiliknya seorang Islam tetapi tidak mahir berbahasa Melayu,bahasa bukan penghalang...masih berkomunikasi dengan tangan ketika tawar-menawar harga bilik. Rasanya sewa rm50 semalaman,kebetulan beberapa bilik dah penuh. Hujung minggu rupanya ramai pelancong.Ternampak juga beberapa lokasi penginapan lain tetapi sudah penuh biliknya dan Abe Mat nak bilik yang mengadap pantai. Inilah bilik yang ada...betul-betul mengadap pantai.Kalau nak tengok gambar menarik boleh klik blog kawan biker saya ini.
Koridornya muat untuk laluan sehala saja.Nasib baik badan kecil je....hihiii (perasan sekejab..).Baru siap rupanya, Wayar TV pun masih tak boleh sambung ke saluran pilihan,tak tengok beritalah kami malam ni...hihiii macamlah biasa tengok berita di rumah.
Inilah bilik kami.Mungkin ramai dah lupa,setiap kali kami ke negara asing walaupun dekat seperti Thailand,kami memilih untuk mendiami@bermalam di budget hotel...(lihat pada keadaan yang bersesuaianlah). Pembaca tak perlu risau kerana di Thailand harga bilik serendah rm30 kami pernah sewa untuk semalaman siap dengan channel astrolah macam Malaysia dan berhawa dingin serta mandian air panas. Tak percaya? Kalian kena percaya....Memang tak perlu aircond kami tidur buka slidding door...terus terasa tiupan angin pantai. Kuat pula tu....Saya nak minta diri dulu,dah basah ni kena mandi nanti demam.Mak pesan kalau kena hujan sikit-sikit kena terus mandi....permisi ye...kami nak bersiram.
16 comments
Selamat tahun baru 2012 Kak Mahh... Teruskan berkongsi cerita, ya... :)
ReplyDeleteSelamat juga buat Kakcik sekeluarga.Insyaallah akan terus berkongsi.
DeletePuan dan suami pasangan yang sehati sejiwa.Seperti pelawat "Kakcik Nur', teruskan berkongsi cerita.Saya mengikuti catatan puan walaupun cuma sekali sekala sahaja menumpang-ulas.
ReplyDeleteTerima kasih Tuan Ujang,samalah saya sesekali mengulas di blog tuan.
DeleteBelum pernah jejeak kaki ke Siam lagi =)
ReplyDeleteSeronok bila boleh berjalan jauh ni. Luas pemandangan :)
~Salam 2013 kak Mahh,
Boleh lah rancang ke sana...best.
DeleteMurah tapi berbaloi kan :)
ReplyDeleteSementara masa masih ada ! TOPUP RM100 UNTUK ANDA !
http://nadyabubble.blogspot.com/2012/12/contest-top-referer-get-rm100-topup.html
Memang berbaloi...macam iklan pula hihii..
Deletekat malaysia rm30 mesti rumah bapak ayam hahaaaa
ReplyDeleteBapak ayam...mesti mewah dan besar.
Deleteaku setuju
ReplyDeletepengembara memang tak perlu kepada tempat tidur yang mewah
cukup sekadar untuk berehat sementara meneruskan perjalanan
selamat tahun baru
selamat tahun baru...
Deleterm30 je??? wah.. murah sangat2.. memang sempoi
ReplyDeleteIya...rm30 je...memang murah,tak percaya en.Boni kena ikut kami ride.
DeleteMurah juga sewa kat sana ye..macam best je.
ReplyDeletemurah....best dan berbaloi.
Delete