Mersing,Johor

by - 02:30

www.ceritaku.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Trip ride kali ini kami akan ke Mersing,Johor bagi memenuhi undangan jemputan majlis bercukur dan aqiqah anak kawan saya.Abe Mat memang sengaja tidak mahu melawat kawan ini ketika dia mula-mula bersalin di KL. Abe Mat nak ke Mersing katanya,sambil jalan-jalan melawat tempat cari nafkah masa muda-muda dulu.Laluan yang kami pilih ialah melalui Bandar Kluang,wah !dah semakin moden Kluang.Jarak perjalanan sejauh 366km dari Batu Caves...tidaklah memenatkan kami.

www.ceritaku.my

Sampai saja Mersing terus meronda sekitar bandarnya. Mersing pun dah semakin maju.Kalau dibandingkan dengan 10 tahun lepas memang banyak perubahannya. Dulu masih ada kedai-kedai berdindingkan kayu,sekarang semuanya dah konkrit. Mersing sudah maju.

www.ceritaku.my

Inilah tepian sungai Mersing belakang hotel penginapan kami.

www.ceritaku.my

Hotel yang terawal wujud di Mersing dan masih kekal gagah beroperasi lagi. Tapi kami tidur hotel baru.

www.ceritaku.my

Sepetang di Mersing. Agak sunyi bila senja menjelma.

www.ceritaku.my

Pantai Mersing merupakan lokasi riadah penduduk setempat dan juga sempat kami mencuba keropok lekor Mersing di pantai ini.

www.ceritaku.my

Ini hotel penginapan kami.Hanya semalam saja di sini,esok majlis kenduri kesyukuran rumah kawan saya selepas itu kami akan terus pecut balik KL.

www.ceritaku.my

Terima kasih kawan kerana belanja kami makan Satay Teluk Iskandar yang tersohor di Mersing. Ada satay ayam,daging dan arnab....satay perut pun ada. Memang ramai pelanggan dan menunggu pun agak lama.Apa pun memang sedap satay ini. Puas hati dapat makan satay sedap,anda pun boleh mencuba bila ke Mersing. Sekian untuk entry kali ini. Maaf tak dapat paparkan gambar kenduri....THE END.

You May Also Like

15 comments

  1. Dah lama tak turun ke Johor dan keinginan untuk ke sana tak pernah padam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah rancamg ke sana, sekarang dah maju.

      Delete
  2. nampak sunyi jer bandar mersing nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petang memang sunyi tapi malamnya ada uptown dan ada pula berjemaah memancing...meriah dkna.

      Delete
  3. kena take note sate ni..mmg dah lama plan nak ke mersing.
    saya ni org johor, tapi mersing tak pernah sampai lagi tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi tu..dah maju sekarang,kena awal buat perancangan takut hotel penuh.

      Delete
  4. nanti saya nak pergi ke sana juga lah... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan orang Mersing dah tunggu Tuan Boni..hihii

      Delete
  5. pernah pegi a few times sbb rumah kawan sy area situ. depan pantai n dekat kedai kopok lekor tu..

    smpt tgk kmusnahan disebabkan puting beliung yg pnh jd kt situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dekat dengan pantai,kedai keropok lekor tak pasti maklumlah kami pergi malam.

      Delete
  6. tak pernah jejak kaki kat mersing ..

    mesti best kan leh ronda2...

    satay perut?..kalau kenyang perut lagi best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti lah kenyang perut hati pun senang...lalalaaaaa

      Delete
  7. Salam..bestnya dapat sampai mersing tu..


    ReplyDelete
  8. Good day! I simply want to give a huge thumbs up for
    the nice data you might have here on this post. I will be coming again to your blog for more soon.


    My blog post; seoul south korea map quest

    ReplyDelete
  9. Whats up! I simply would like to give a huge thumbs up for the great information you may have here on
    this post. I will probably be coming back
    to your weblog for extra soon.

    My page ... amd sempron 3000 processor

    ReplyDelete