Dengan bas kami ke Ljubljana,Slovenia
Assalamualaikum....Slovenia. Apa khabar orang Ljubljana? Kami dah sampai di Ljubljana. Kali ini kami menaiki bas. Kalian ingat tak lokasi terakhir kami sebelum ini. Lupa ye...tak mengapa,lokasi terakhir kami sebelum ini ialah Venice. Dari Venice ke Ljubljana hanya 160 batu atau 260 km saja. Bas pengangkutan yang paling cepat berbanding keretapi. Kalau nak ke Budapest pula sangat dekat iaitu 400 km atau 250 batu dari Ljubljana,Slovenia ini. Koleksi gambar jelajah dalam Album ini.
Sampai juga kami di Slovenia. Kalau kalian nak tahu,pusat bandar Slovenia,Ljubljana ini terletak di sepanjang Sungai Ljubljana. Kononnya bandar Ljubljana ini diberi nama sempena nama sungai ini. Depan kedai ini ada kedai halal...tuan kedainya rakyat Bosnia. Menunya kebab.
Untuk pengetahuan pembaca, bahasa utama di sini ialah Slovenia. Agak sukar nak berkomunikasi. kena cari pemuda atau pemudi kalau nak bercakap sebab mereka boleh bertutur dalam bahasa inggeris.Lupa nak beritahu. Penduduk di sini boleh memahami bahasa Bosnia, Croatia dan Serbia,jadi kalau kalian mahir bahasa ini seronoklah berborak!
Bandarnya bersih dan tenang. Kenderaan awam macam tak banyak,atau sebab bukan kawasan sibuk tak tahulah. Tunggu kami gerak cari hotel dulu.
0 comments