Kami di Venice
Assalamualaikum,salam jelajah eropah dari kami berdua.
Jangan risau bab makan di negara Eropah. Banyak makanan halal,yang penting kena rajin mencari.
Tak boleh bersantai lama di Paris. Kami kena bergerak ke Itali pula.
Seperti entry sebelum INI sila baca. Kami seronok menggunakan pengangkutan awam yang menjimatkan. Sesuai sangat dengan jelajah budget dan menyeronokan ini. Jom ke Venice!
Jangan risau untuk buat laporan kepada keluarga,kerana mereka menyediakan perkhidmatan " wifi onboard" boleh layan apa saja sehingga bateri habis. Sekali lagi jangan risau sebab kalian boleh caj bateri phone dalam bas. Mudahkan.
Sambil layan internet sambil mata lihat pemandangan. Cantik!
Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga di Venice.
Sila teliti gambar di atas. Insyaallah kalau kalian ke sana dan ada sebarang perubahan silalah maklumkan pada kami. Baiklah sila scroll bawah.... saya belanja pembaca semua gambar yang diambil ketika dalam perjalanan ke Venice.
Apa yang pembaca lihat adalah sama seperti mata kami berdua lihat secara langsung di sana. Kebanyakan bangunan mereka merupakan bangunan lama. Maklumlah negara mereka lebih maju berbanding negara kita yang baru menuju ke arah negara maju. Bagi saya senibina bangunan negara mereka sangan unik dan menarik. Kalau saya diberi peluang ke sana lagi memang saya tidak akan melepaskan peluang jelajah ini. Saya tinggalkan pembaca sekalian dengan gambar entry di atas. Kita berjumpa di entry akan datang Wasalam.
0 comments