Assalamualaikum....salam dari angin Kinabalu. Tak sah kalau datang ke Sabah kalau tidak singgah di Kinabalu Park. Tahukah anda,bahawa Kinabalu Park ini merupakan Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Unesco sejak Disember 2000. Menurut maklumat yang saya perolehi terdapat lebih kurang 5,000 spesis flora dan fauna,326 jenis burung dan ada lebih kurang 100 spesis mamalia diikuti 110 pula dari spesis siput tanah.Sebelum singgah di Kinabalu Park,kami singgah cuci mata dan cuci poket di Pekan Nabalu. Lihat...
Assalamualaikum, salam jelajah negara sendiri. Kalau sebelum ini pembaca sudah baca mengenai Pasar Kota Belud dan Pasar Kota Belud 2. Kali ini saya ingin memaparkan gambar Tamu Kota Belud. Kami dah singgah Tamu Kota Belud ini pada tahun 2010 yang lalu. Kali ini kami singgah lagi.Seawal jam 8 pagi kami sudah berada di sini,kerana jika pada tahun 2010 yang lalu kami terhimpit dengan kesesakan lalu-lintas. Kali ini kami bergerak awal dari Bandar Kota Kinabalu. Maklumlah saya...
Alhamdulillah,kami nampak ada bangunan baru di Keningau. U-turn dan bila sampai depan bangunan barulah nampak. Ianya merupakan Pusat Kraftangan Keningau. Dulu kami sampai Keningau,tiada lagi Pusat Kraf ini. Dah semakin banyak perubahan di Keningau. Assalamualaikum orang Keningau! kami singgah lagi. InternetPusat Kraf Keningau ini terletak di km5, Jalan Apin-apin. Berhampiran jalan besar. Senang sangat nak perasan,sebab ianya bangunan baru dan berada di jalan besar laluan utama. InternetBanyak aktiviti yang boleh dilakukan di Pusat Kraf ini. Sebagaimana contoh...
Assalamualaikum,lambaian kembara dari kami. Kalau dulu pembaca asyik membaca kisah kami ke luar negara. Kali ini Malaysia Timur kami terokai. Sudah lebih 5 kali kami ke Sabah,pembaca boleh rujuk di link KOTA BELUD.Dulu kami bermotorsikal ronda pusing 1 Borneo,kali ini kami berkereta. Biasalah kalau bawa orang tua ke sini,kena masuk pasar. Atas alasan mak nak tengok apa yang ada di Pasar Kota Belud. Nasib baiklah mak saya tak borong semua buah di sini. Kata emak...
Salam lebaran buat semua pembaca. Ada plan nak bercuti tak? Bagi yang nak balik ke Kedah boleh singgah di Ulu Legong Hot Spring ini. Kami dah pergi. Lokasinya hanya sekitar 22 km dari Bandar Baling. Dari Kelantan kami nak ke Penang,tapi bila google ada lokasi menarik ini. Kami tukar plan dan terus pandu ke Baling menuju Ulu Legong.Malam kami sampai,sesudah azan maghrib. Jangan risau sini ada surau. Senang saja kami dicaj rm5 untuk khemah banglo....
Alhamdulillah. Dah nak habis ramadan. Harap kita bertemu lagi di ramadan akan datang. Kami ada di kampung sekarang. Di Kelantan,kampung kami. Kalian dimana?Sumber internet ...
InternetSelamat pulang ke kampung halaman. Ingat kita nak jumpa orang tua dan sanak-saudara,berhati-hati sepanjang perjalanan pulang. Mereka menunggu kepulangan kita semua.Internet ...
Rumah Api Tanjung Tuan, Port Dickson.Assalamualaikum, salam jelajah Malaysia dari kami. Pernah sampai tak di Rumah Api Tanjung Tuan,lokasinya di Port Dickson dan berhampiran dengan Ilham Resort Port Dickson. Kalau belum singgah bolehlah buat perancangan ke sini. Apa menariknya? Nampak tak gambar di atas....Hutan Rekreasi. Panjat bukit yang menggunung di Tanjung Tuan ini memang memenatkan. Tapi ianya satu pengalaman yang seronok serta kelainan. Hutan ini merupakan lokasi santuari 54 spesis burung. Hutan rekreasi ini juga...
Jalan-jalan naik kereta,tetiba nampak sesuatu menarik di sini. Assalamualaikum semua. Sekarang saya berada di lokasi sejarah negara kita iaitu Kota Bukit Supai. Ianya terletak di Kuala Linggi, Melaka. Untuk info lanjut mengenai sejarah lokasi ini boleh lah baca di SINI. Kami pun sebenarnya secara tidak sengaja terjumpa lokasi ini. Dapatlah kita berkongsi lokasi ini dengan kawan-kawan yang lain. Lokasi ini agak tersorot,dan mungkin ianya masih belum dikenali ramai.Bila ke lokasi sejarah,seperti Kota Bukit Supai ini....
Assalamualaikum,apa khabar semua? Nak ke mana hujung minggu ini? Kalau belum ada aktiviti lagi boleh lah lihat gambar di bawah,mana lah tahu boleh ke lokasi tersebut. Kali ini saya nak bawa kalian bercuti hujung minggu dengan saya di Pantai Saujana. Lokasinya berhampiran dengan bandar Port Dickson,Negeri Sembilan.Pantai Saujana terletak di batu 4 ,jalan pantai Port Dickson. Ianya berhampiran dengan Bandar Tentera Darat,sangat popular sebagai lokasi riadah keluarga.Pantai Saujana terbentang sepanjang 1km hingga ke Avillion Beach...