Assalamualaikum
Salam selera borneo. Kenapa selera borneo kerana kakak mencuba sayuran kampung yang tiada di semenanjung. Warga tempatan menamakan menu ini sebagai 'sayur campur'.
Jangan tanya nama sayurnya kerana mereka memaklumkan akak ini sayur kampung.
Janji ianya boleh makan dan tidak memudaratkan.
Bahan-bahan yang kakak guna untuk menu ini :
1. Bawang merah - ikut kuantiti sayur 2. Bawang putih - ikut sikit banyak sayuran
3. Ikan bilis - anggaran berdasarkan banyak sayur
4. Cili padi - ikut daya tahan pedasnya lidah kalian
5. Garam - secukup rasa
6. Gula - akak tak guna serbuk perasa / ajinomoto
*semua bahan diatas ☝kakak tumbuk guna lesung batu,maklumlah orang kampung lebih tradisional guna lesung. (Tidak perlu terlalu hancur)
Siap . ..lupa pula jangan pula kalian tumbuk sekali garam dan gula. Garam dan gula guna dalam masakan nanti.
Peringatan mesra : garam jangan terlalu banyak sebab kita dah tumbuk bilis...nanti masin bilis bergaul garam ,ke tong sampahlah sayuran itu nanti .
Berbalik pada masakan kita tadi,kalian hanya perlu tumis bahan yang ditumbuk hingga naik baunya .
*ikan bilis untuk pengetahuan kalian masyarakat sini terus masuk begitu saja tanpa tumbuk. Akak saja rajin tumbuk untuk lebih wangi dan sedap bila ditumis.
*udang basah boleh juga diguna selain bilis .
*udang kering juga kalian boleh guna.
Dah naik baunya masuklah sayuran kampung dan garam serta gula.
Bila siap bolehlah makan,kalian kalau cuba di rumah bolehlah kongsi gambar dengan kami.
Sekian . ..sesi makan kami - hingga jumpa lagi.
0 comments