Flying Fox Kundasang Mount Valley Recreation
Assalamualaikum...salam kesejukkan dari akak dan abe Mat. Kali ini akak nak cuba sesuatu yang baru dan akak suka sangat buat ini. Lokasinya terletak di Kundasang. Jika awak sekalian dari arah Kota Kinabalu hanya perlu melepasi Kinabalu Park dengan jarak sekitar 500m dan lihat di kanan jalan menurun bukit ada deretan tayar warna-warni ini. Diberi nama Mount Valley Recreation. Masih dalam proses pembinaan. Jika anda datang selepas membaca entry ini bolehlah mencuba acara memanah,memberi makan pada arnab ...ini semua masih dalam proses penambahan aktiviti selain flying fox.
Bukan nak berlagak,akak rasa pada awalnya flying fox ini tidak cukup tinggi. Tetapi bila di atas rasa macam tinggi pula. Apa pun ianya memang seronok untuk dilakukan sebagai salah satu rekreasi bersama keluarga. Bayaran pula rm25 saja. Waktu operasi jam 8 pagi hingga jam 6 lebih (petang) malam tidak dilakukan aktiviti atas faktor keselamatan,begitu juga jika hujan,berangin dituruti kilat atau guruh aktiviti ini akan dihentikan. Utamakan keselamatan,ingat nyawa 1 saja.
Yang seronoknya akak dan Abe Mat merupakan pelanggan pertama,kami menunggu kaunter dan pekerja Flying Fox datang. Sangat teruja...walau pun sudah dimaklumkan jam 8 buka.Maklumlah masa remaja dulu,manalah kami pernah buat aktiviti begini.
Akhirnya kami cuba dengan jaya flying fox ini. Akak tidak mahu cerita lebih panjang lebar. Hanya akak nak kalian datang sendiri cuba. Bagi akak ianya sangat BEST,akak pelanggan pertama main dalam kabus.Bagi kalian yang belum tahu,akak beritahu disini Kundasang merupakan laluan kabus. Ianya sejuk jika kita dirempuhi oleh kabus Kundasang waktu awal pagi. Hanya seketika saja kabus tebal dan sejuk melintasi laluan Kundasang ini.Sebab itu kita hanya boleh melihat pada waktu tertentu saja Si Kinabalu dari Kundasang,kerana lokasi ini merupakan lokasi laluan kabus yang mampu menutupi si tinggi Kinabalu.
Sekian,lokasi terjah kami nanti akak belek gambar lain dan tulis lagi disini.
0 comments