Salam angin pantai sabandar,Tuaran. Assalamualaikum semua.Apa khabar? Sihat kah kalian,jom ikut akak berkhemah di Tuaran. Tuaran ini ada beberapa lokasi menarik yang boleh kita kunjungi antaranya Cowboy Town...(nanti akak cerita),Pantai Dalit-kononnya terkenal dengan pemandangan pantai yang cantik,maaflah akak tak boleh nak cerita dah sampai lokasi tetapi tak turun dekat sebab cuaca panas,akak takut hitam kulit hihiii....Nanti-nanti akan diceritakan kelak. Kali ini akan nak cerita mengenai Campsite yang terletak di Pantai Sabandar,Tuaran.Kalau ada yang mahu info Cowboy Town klik SINI.Lokasinya di Pantai Sabandar,hujung jalan pantai sebelum lokasi kaki pancing lepak-lepak pancing ikan. Jangan risau sampai saja di pantai ,ringan mulut tanya pada warga tempatan,kalian akan ketemu lokasi campsite ini.
Khemah ini mahal kadar sewanya iaitu rm60 tetapi jika nak selesa boleh tambah rm sedikit dan pihak campsite akan sediakan tilam saiz queen,dengan cadar yang lengkap diberi juga bantal dan tuala mandi. Bila dah lengkap macam hotel kadarnya ialah rm140,jangan risau ada bekalan sambungan elektrik dan kipas mini untuk setiap khemah. Tidaklah kepanasan dalam khemah ini. Ciri berkhemah dikekalkan dan dilengkapkan dengan eleman moden bekalan elektrik bolehlah nak caj phone dan sebagainya.
Awal tadi akak dah tulis di campsite elemen moden,inilah tandas dan bilik mandi. Bila menyewa khemah sini kita boleh mandi pantai di depan campsite dan boleh bilas mandian air paip di campsite.
Ini pula ruang dewan terbuka yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti,selalunya jika pihak pelajar IPTA sewa lokasi ini mereka gunakan sebagai ruang pertandingan karaoke atau pembentangan hasil pembelajaran atau sebagai dewan makan terbuka sambil mereka BBQ. Pihak campsite ada menyediakan tempat BBQ,dapur dan beberapa peralatan mudah dan ringkas sesuai untuk peralatan berkhemah. Jangan tanya akak,dalam kenderaan akak semua ada hingga gula dan garam ada akak bekalkan. syhhhh,jangan beritahu orang.
Ini pula lokasi kedua khemah di bahagian depan yang betul-betul mengadap pantai sabandar. Kadar sewanya lebih murah tetapi sangat berbaloi. Apa tidaknya dengan harga rm40 satu khemah siap pasang,disediakan juga sambungan elektrik dan kipas. Bantal dan toto kami bawa sendirila....Inilah tempat tidur kami sambil santai kami rebus makan lokan. Baru akak dan Abe Mat tahu rupanya Lokan diambil dari kampung ini dan dijual secara komersial kepada pelancong di Salut.
Satu lagi tarikan di lokasi campsite ini ialah melihat secara Live "kelip-kelip" di waktu malam. Untungkan sambil berkhemah boleh menikmati alam,dan pihak campsite ini juga ada menyediakan perkhidmatan berkenu.Kadarnya...maaf tak ingat pula. Oklah...nak tahu nak rasa pengalaman berkhemah datang lah ke Campsite Pantai Sabandar,insyaallah ada kelainan pengalaman yang kita boleh kongsi bersama....assalamualaikum hingga bertemu lagi.
0 comments