Buat pertama kali, aku baru tahu bagaimana nak sertai giveaway atau contest dalam blog. Terima kasih kepada semua bloggers yang menganjurkan semua contest, giveaway dan segmen. Melalui aktiviti ini, aku dapat blogwalking semua bloggers. Kenal penulis-penulisnya. In sha allah, bila ada umur panjang, aku akan cuba anjurkan aktiviti ini juga.
Adik aku ni sibuk betulla, aku punyala khusyuk berblogging, nak minta tolong carikan isi untuk presentation sains. Bila aku dah ready nak ajar, sibuk tengok cerita Cik Serba Tahu pula. Sabar jelah. Apa-apapun, aku wish dia boleh buat yang terbaik. Seronok sangat berblogwalking, sampai tak sedar masa dah mencecah pukul 1 pagi.
31 Mac 2017
Seperti yang dirancang, hari ini aku nak buat cheesecake. Aku cuba cari resipi yang simple dan tidak meggunakan banyak bahan. Sebelum itu, aku mestilah kena makan dulu. Kalau tak, gastrik datang oii. Menu untuk hari ini adalah tomyam ayam. Sedapnya. Sekarang masanya untuk buat cheesecake. 55 minit kemudian, Oh no!!!! Cheesecake tak jadi. Apalah nasib aku hari ini. Biskutnya pahit dan intinya masam sikit. Nasib baik ada cheesecake muffin. Terubat jiwa aku nak makan cheesecake. Aku akan cuba buatnya lagi sampai jadi. Disebabkan inti dia ada lebih, aku ingat nak buat strawberry cheese tart. Nantikan resepinya nanti.
4 comments
singgah blogwalking:
ReplyDeletehttp://mylittlepad-syifa.blogspot.com/
Waalaikummussalam...
ReplyDeleteTerima kasih singgah di my blog my stori.
Dah tahu berGA/segmen ya patutlah banyak entry GA/ segmen
Biasalah @Mrs. A. Budak baru nak belajar.
ReplyDeleteWelcome ke dunia blog akak, kan best blogwalking ni, sbb dapat kenal blog orang and follow hehe.
ReplyDelete