Unik , pelik pun ada kalau di Malaysia jagung yang sudah dibakar disapu dengan mentega dan sedikit garam atau serbuk perasa. Namun di Indonesia saya menemui resepi baru yang agak pelik tapi SEDAP. Jagungnya dibakar dengan mentega dan disapu merata seluruh jagung dengan SOS CILI. Rasanya memang SEDAP,anda boleh cuba resepi ini di rumah. Beruntung juga kami berhenti rehat dan makan jagung resepi unik,sambil menghilangkan lelah dapat juga merasa resepi unik tempatan.
Selamat tinggal Lhokseumawe,kami berdua kena meneruskan ride menuju ke Sigli pula.
Inilah antara pemandangan persekitaran jalan menuju ke Sigli. Biasalah kesibukan masyarakat menjalankan aktiviti harian.
Setiap kali nampak papan tanda,hati memang terasa lega. Rasa lokasi tujuan sangat hampir dan tidak sabar menanti apa yang ada di lokasi seterusnya.
Cantik bukan pemandangan kawasan pertanian yang aktif diusahakan oleh masyakat setempat.
Di Malaysia pun berlaku sebegini,membaik-pulih setiap kerosakan demi keselamatan dan keselesaan rakyat.
Signboard Banda Aceh dah tertera,tak lama lagi sampailah kami. Terasa nak menjamu tekak dengan jagung bakar pula.
Kami berhenti rehat seketika,sambil menikmati juadah jagung bakar Indonesia....PELIK ni tapi sedap jagungnya....
Biasalah bila sudah bertemu bikers Indonesia akan memastikan kita makan dan rehat terlebih dahulu sebelum menyambung ride. Kami dijamu dengan hidangan minang yang menyelerakan.
Dah pun sampai di restoran minang,tuan kedai pun terkejut...Betul ke?? kami berdua dari Malaysia??Bertalu-talu soalan diajukan pada kami. Malaysia BOLEH...umpps...silap,KAMI BOLEH.
Hidangan sudah ada atas meja,maaf ye kami makan dulu.
Dah pun sampai di restoran minang,tuan kedai pun terkejut...Betul ke?? kami berdua dari Malaysia??Bertalu-talu soalan diajukan pada kami. Malaysia BOLEH...umpps...silap,KAMI BOLEH.
Hidangan sudah ada atas meja,maaf ye kami makan dulu.
Abang Mat,awal-awal lagi menanti ketibaan isterinya.
Suasana Lapangan Terbang di Medan....sebelum ketibaan pesawat udara sememangnya sunyi saja. Sebaik saja mendarat pesawat riuh-rendah sekitarnya. Gambar ini diambil oleh Abang Mat,sebelum ketibaan saya....masa hujan belum turun. Setibanya saya di Medan,gelap-gelita persekitaran....hujan sehingga malam. Tiada sebarang acara setibanya saya di Medan,hanya merehatkan badan sebelum memulakan ride esok. Untuk pengetahuan pembaca, Abang Mat memilih Ride Trans-Indon melalui jalur barat....ingin melihat sendiri kesan Tsunami.
Terima kasih kepada semua ahli kelab BMBC....kerana sudi memberi perkhidmatan pemandu pelancong kepada Abang Mat.
