Walau jauh di Malaysia Timur tetapi kita dihubung kuat dengan ikatan telekomunikasi yang kuat lagi canggih. Jangan pisahkan ikatan silaturahim antara kita dek kerana dalam laut china selatan,tetapi usahakan merapatkan dan memesrakan ikatan dengan jalinan telekomunikasi hebat negara. Buat seketika segala pergerakan atau perjalanan kami di Borneo,kami catatkan di blog ini. Ini merupaka kisah kehidupan yang kami lalui sepanjang di Sabah. Mungkin ianya sama atau kebetulan hampir dengan pengalaman rakan pembaca.Kita bertemu lagi di episod kisah kami akan datang insyaallah ianya pasti ada kelainan dengan suasana kita di Semenanjung.
Assalamualaikum dari kejauhan buat semua kenalan yang mengenali kami .
Walau jauh beribu batu harap hubungan silaturahim ini kekal . Perjalanan dengan waran kerajaan menempatkan kami di seat 1E dan 1F . Tak perlu masuk ke dalam perut kapal kena jaga line depan sambil mata tak lepas memerhati sumandak comey .
Perjalanan kami KL - Kota Kinabalu memakan masa 2jam dan 10 minit . Tapi dek kerana kepenatan kapal belum berlepas dari landasan KLIA 2 saya dah terlelap . Pecah rekod sebab saya bukan jenis penidur . Dek penat melampau terlelap juga . Mata terbuka bila kapal berlepas . Tak syok sungguh sebab lepas itu mata terus tidak mahu lelap . Sekian nanti sambung . .
Alhamdulillah,salam kembara dari kami. Assalamualaikum,salam sejahtera dan sihat selalu dari kami berdua. Nak berjalan,mengembara mohon pada Allah agar diberi kesihatan tubuh badan. Sejujurnya saya tidak dapat membayangkan dengan mata kasar bagaimana pemandangan udara Abu Dhabi ini. Maklumlah pertama kali jejak kaki di sini,walau sekadar transit nak tukar kapal saja. Tapi bila lihat kali pertama,masyaallah hebatnya kuasaMU YA ALLAH. Satu bumi pelbagai bentuk fizikal bumi yang ALLAH cipta.
Sekilas pandang seperti petak sawah bendang di negara kita. Dalam kepala saya terbayang subjek matematik- geometri. Jangan lupa Abu Dhabi sangat kaya dengan minyak. Jangan lupa di sinilah irama padang pasir anda boleh dengar,maklumlah ianya beriklim padang pasir yang mampu mencecah suhu setinggi 38C.
Saya sangat bersyukur kerana berpeluang melihat pemandangan udara sekitar Bandar Abu Dhabi ini. Kalian lagi untung kerana boleh juga melihat pemandangan ini. Harap jika berpeluang nak juga menjejak padang pasir suatu hari nanti....bye sehingga ketemu di lain siaran.
Assalamualaikum,salam kembara dunia. Salam kerinduan kerana lama tidak bercerita pada rakan pembaca sekalian. Bukannya malas tetapi kerana faktor kesukaran nak ke udara menyukarkan kita bertemu di laman sesawang. Banyak yang saya ini kongsi dengan pembaca sekalian. Tetapi kali ini saya paparkan kelainan yang menarik sepasang mata saya untuk laju memetik picu punat kamera.
Seperti mana yang kita sedia maklum, Abu Dhabi merupakan antara bandar terkaya di dunia. Tetapi mereka tetap mementingkan kebersihan dan mengamalkan pengasingan bahan dalam sistem pengumpulan sisa terpakai. Lihat gambar atas.
Lokasi gambar diambil ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi. Kejadian berlaku : ketika kami transit untuk perjalanan ke Eropah.
Saya suka tong sampah itu. Satu tong mewakili semua bahan sisa terpakai. Jangan tong pula diambil ambil orang sudah.....
