Bursa - Turki dengan kelazatan makanan

by - 20:30

www.ceritaku.my

Assalamualaikum, salam kembara bumi eropah. Jelajah kami merantau alam ciptaan Allah,melihat budaya masyarakat dunia yang jauh bezanya dengan negara kita. Pasar Bursa yang memang terkenal kepada pelancong. Khabarnya harga barang sini jauh lebih murah. Saya tidak pasti mengenai harga itu. Sebab saya tidak membeli-belah.

www.ceritaku.my

Datang jauh dari Malaysia jangan lupa makan ini. Rasanya...kena makan sendiri baru tahu.Saya suka roti,nanti saya kata sedap kalian kata tidak pula.

www.ceritaku.my

Ini stesen bas, besar. Cantik dan bersih. Senang pula nak memilih lokasi mana kita nak tuju. Apa yang penting tak susah pun naik pengangkutan awam di sini.

www.ceritaku.my

Bab perut menyanyi lagu....jangan risau,pilih apa saja. Halal dan sedap.Semua ini ada di stesen bas.Sedia lira...bayar dan perut berhenti menyanyi.

www.ceritaku.my

Jangan lupa,kebab mereka besar. Kami beli satu kongsi berdua. Alhamdulillah,sedap dan halal.

www.ceritaku.my

Ini kalau kita cicah dengan kopi panas...memang yummy!

www.ceritaku.my

Terima kasih abang Bursa-Turki,memang sporting bila kami minta izin untuk mengambil gambarnya. Apa yang perlu kalian ingat,datanglah ketika musim sejuk jika mahu merasai pengalaman sejuk di negara Turki dan boleh bermain salji.

You May Also Like

0 comments