Taksim lokasi pelancongan yang wajib pelancong singgah

by - 15:00

www.ceritaku.my

Assalamualaikum...alhamdulillah bertemu lagi kita di alam cyber. Saya nak cerita sedikit mengenai Taksim ini. Lokasinya terletak dalam Eropah,target kami nak ke Eropah bermula dari Turki. Sejujurnya saya jatuh cinta dengan Negara Turki.


www.ceritaku.my

Kalau ke Turki jika kalian berkesempatan silalah singgah di Taksim ini. Ianya adalah lokasi wajib bagi para pelancong kerana Taksim ini penuh dengan pelbagai pilihan kedai untuk membeli-belah,restoran yang menjual pelbagai makanan enak dan asli Turki. Bab hotel penginapan usah risau memang banyak hotel. Semuanya terletak ditangan kalian.


www.ceritaku.my

Lihatlah gambar di atas...ramainya pelanggan melihat makanan melalui cermin kedai. Memang terliur bila tengok,itu belum makan lagi. Di Taksim ada Tugu Republik,nanti kemudian saya tunjuk gambar dan cerita kisahnya.Sistem pengangkutan pula amat mudah di Taksim kerana ianya merupakan bandar moden atau dikenali sebagai Istanbul moden kerana ada stesen tengah Metro Istanbul. Mudah sangat nak merancang pergerakan dari Taksim nak ke lokasi lain.


www.ceritaku.my

Tinggalkan Taksim saya nak tunjuk pergerakan kami menaiki metro bas...dari Taksim. Masa ini kami keluar ke Alibeykoy.


www.ceritaku.my

Pemandangan yang saya ambil dari bas. Padat penduduknya.

www.ceritaku.my

Selat yang sibuk.

www.ceritaku.my

Bangunan pencakar langit pun ada. Ianya teratur dan bersih. Selamat tinggal nanti kita sambung cerita.

You May Also Like

0 comments