London kota metropolitan yang gah

by - 04:00

Alhamdulillah,akhirnya saya jejak juga kaki di sini. Terima kasih encik suami yang membawa isterinya ke kota metropolitan dunia. Gahnya nama London,budak kecil pun tahu sebut London. Kami mendarat di Gatwick,kerana setelah ditinjau-selidik ianya sesuai dan dekat dengan pergerakan yang bakal kami tempuhi.


Beratur panjang ketika menuju ke imigresen London.Takut juga maklumlah,kalau kena soal saya nak jawab apa, kami trip sendiri tiada jadual tetap semua jadual berputar dalam kepala encik suami. Puan isteri ikut saja. Tengok orang depan dah 2 pasang ditahan dan disoal,akhirnya sampai giliran saya. Encik suami saya mintanya beratur dibelakang saya. Nak tahu apa yang mereka tanya...soalan pertama "pertama kali datang London?"' ,soalan kedua "apa tujuan ke London" dan akhir sekali mereka tak tanya kami beritahu kami guru. Mereka gembira sebab bila kami maklumkan bahawa kami guru pendidikan khas...akhirnya dengan ramah-mesra mereka mengalukan kedatangan kami ke negara mereka. Lega! Kami keluar dan tunggu easybus, lihat gambar atas.


Kami beli online tiket easybus ,dan print terus. Tak lama tunggu bas dalam 30 minit. Seterusnya kami nak ke Malaysia Hall. Encik suami tempah sana,salah satu sebabnya nak memudahkan pergerakan kami yang akan datang. Musim panas di London ketika kami di sini,panas pun suhunya 10 darjah celsius. Ketar lutut.



Ini salah satu gambar pemandangan airport yang sempat saya ambil dari dalam easybus. Jangan lupa pakai tali pinggang keledar ketika dalam bas ini,mereka lebih mengutamakan keselamatan penumpang. Malah peringatan diberikan oleh pemandu sebelum bas bergerak.


Cantiknya...gambar yang saya ambil dari dalam bas.


Ini pula Marble Arch,lokasi wajib singgah bagi pelancong. Dekat dengan pusat membeli-belah Primack. Kita sedia maklum London ialah pusat kesenian, hiburan, dan pendidikan yang tersohor di England ini. Bagi yang nak tahu lebih lanjut mengenai Marble Arch klik SINI


Nak sampai ke Tugu Peringatan batu Marmar Carrara,kena melalui Taman Hyde. nanti saya tunjuk gambar taman itu kelak. Kami menapak saja dari Malaysia Hall ke sini lebih kurang 15 minit. 



Faktor yang paling penting kami menginap di sini ialah nak memudahkan pergerakan kami menggunakan "London Underground Station" yang berada di Central Line. Depan dengan Marble Arch ini. Mudah bukan, boleh bersenam dengan berjalan kaki,mata memandang persekitaran baru sambil meneroka dunia eropah. Ok, nanti saya sambung lagi...nak lihat album Eropah jom ke SINI. Selamat membaca,asslamualaikum.

You May Also Like

0 comments