Ait Terjun Kiansum

by - 16:00


Assalamualaikum. Nak bersejuk-sejuk di sini.

Lokasi 

Di Inanam saja. Nama , Air Terjun Kiansum. Bayaran RM1.50 seorang. Mampu bayar kan. Jauh masuk ke dalam kampung untuk sampai ke sini.






Keistimewaan:

Ianya merupakan lokasi,air terjun yang paling hampir dengan kediaman akak di Kota Kinabalu. 

Tidaklah besar kawasan air terjun ini,tapi masih mampu menampung kehadiran pelancong yang tidak berapa ramai.

Ada juga disediakan pondok dibahagian depan laluan masuk ke air terjun,bolehlah rehat di sini.

Bilik persalinan juga ada. Selalunya ramai pengunjung anak muda terus saja naik motor tanpa bersalin pakaian pulang ke rumah.

Ada juga gerai jualan. Gerai buah-buahan dan makanan yang siap dibungkus/tapau. 

Pengunjung selalunya bawa makanan sendiri,malah ada yang mandi-mandi dan terus berlalu pulang.

Kesimpulan:

Lokasi ini agak terpencil ke penghujung jalan kampung. Hanya yang betul-betul nak bermain air saja akan sampai sini. Sesuai juga untuk kanak-kanak kerana ianya tidak dalam,tapi ibu bapa perlu pantau keselamatan sendiri anak mereka.


Marilah melawat alam Sabah.


You May Also Like

0 comments