Pusat Kokurikulum Malanggang
Assalamualaikum.... jom berkhemah, dengan anak-anak didik. Kali ini kita ke Pusat Kokurikulum Malanggang. Lokasinya di Kiulu dalam daerah Tuaran. Jarak lokasi ini dari rumah akak ialah sejuah 31km.
Hampir 40-45 minit juga lah untuk pergerakan sampai ke sini.
Lokasi ini memang terkenal untuk aktiviti luar sekolah. Terdapat pelbagai kemudahan yang selesa dan selamat digunakan.
Untuk melihat gambar menarik kalian boleh lihat di Facebook Pusat Ko , instagram Pusat Ko dan juga blog Pusat Ko.
Nak buat aktiviti perlu ada kertas kerja dan buat tempahan awal. Maklumlah milik kerajaan kena tempah awal. Jangan tak percaya aktiviti penuh jadual diisi sepanjang bulan hingga disember. Susahlah nak main selit-selit kalau tiada tempahan awal.
Puas hati jika anak-anak sekolah buat aktiviti berkhemah di sini,mereka selamat dijaga kerana lokasinya berpagar. Kemudahan tandas lelaki , perempuan disediakan. Ada pula surau untuk bersolat. Ada lagi dewan terbuka untuk pelbagai aktiviti sepanjang program. Dan yang menarik pastinya aktiviti luar seperti flying fox oleh jurulatih yang bertauliah.
Apa lagi kalau anak-anak kalian ada mengikuti aktiviti sebegini,benarkan saja mereka ke lokasi begini. Ini merupakan salah atu cara untuk pembelajaran kendiri mereka dengan masyarakat.
Kesimpulan: Aktiviti sekolah kita belajar dalam bilik darjah, aktiviti sekolah seperti berkhemah juga kita belajar tetapi diluar kelas yang pastinya lebih menyeronokkan.
Sehingga kita jumpa lagi...bye!
0 comments