Ko-nelayan Tuaran

by - 16:00

www.ceritaku.my
PAPAN TANDA KOLAN PANCING


Assalamualaikum,salam jelajah Tuaran. Tahukah anda daerah Tuaran ini paling dekat dengan bandar Kota Kinabalu.

Selalunya para pelancong lebih tertumpu pada Rumah Terbalik, pun terletak dalam daerah Tuaran dan ianya adalah seiring dengan perjalanan menuju ke Kundasang.

Jarang sekali pelancong akan melepasi ke Tuaran kecuali jika nak ke Kudat.

Berbalik pada lokasi ini,akak nak kongsi dengan kalian. 

Apa ada di Ko-nelayan ,Tuaran:

1. Akak mulanya agak terkejut dengan lokasi ini, kerana terpapar di depan papan tanda. Jelas menunjukkan lokasi ini fokus untuk kaki pancing.

2. Kolamnya memang besar (rujuk gambar-kata pekerja sini ikan akan dilepaskan jika ada sebarang pertandingan).

3. Ada juga bilik penginapan. Bilik ini terbuka pada semua. Kadar harganya bermula rm60/malam. Selalunya kaki pancing yang menginap di sini.

4. Serampang dua mata ,tahniah buat Ko-nelayan. 2 dalam 1 aktiviti yang mendatangkan hasil buat para nelayan lokasi ini.

www.ceritaku.my
BILIK PENGINAPAN

www.ceritaku.my
LOKASI MEMANCING/BERSWAFOTO

Kesimpulan , setiap daerah di Sabah ini boleh dikatakan ada lokasi menarik yang dijadikan sebagai punca untuk menarik pelancong ke sini. Lupa nak beritahu,ada juga gerai yang menjual makanan bermasak di tepi kolam. Jangan risau kalian pasti tidak akan lapar.

Marilah melawat Sabah...dekat tapi menarik.

You May Also Like

0 comments