Menu Berbuka Pada Hari Ini

by - 07:39


Assalamualaikum,

Hari ini aku nak cerita sedikit menu berbuka pada waktu maghrib tadi. Kebiasaannya aku hanya menjadi sous chef yang membantu head chef, mak aku masak makanan untuk berbuka. Tapi bermula hari ini sehingga hari jumaat, aku akan menjadi head chef dan sous chef pada waktu yang sama. Mak dan adik bongsu aku tinggal di rumah Kuantan, manakala aku meneman ayah di Kuala Lumpur kerana ayah aku kerja.

Kerja aku pada hari ini agak penat sedikit, kerana kami sampai di Kuala Lumpur dari Kuantan pada pukul 12.30 tengah malam pagi tadi. Setibanya di rumah, aku terus memasak nasi dan menyimpan lauk untuk esok. Kemudian, aku terus tidur. Aku terjaga pada pukul 4.30 pagi kerana aku dengar bunyi di dapur. Aku terus bangun dan melihat adik aku mahu memanaskan lauk semalam. Aku mengambil lauk itu dan terus panaskan di atas dapur. Kemudian, kami bertiga terus sahur. Selepas sahur, aku menggosok baju ayah aku sambil menunggu azan Subuh. Selepas itu, aku terus solat dan tidur. Aku terjaga pada pukul 6 pagi kerana ayah aku nak pergi kerja. Pada pukul 7 pagi, adik aku mengejutkan aku kerana dia dah nak balik Shah Alam. Nampaknya tinggal lah aku seorang.

Aku nak masak apa ya untuk berbuka hari ini? Mak aku mencadangkan tomyam ayam dan sayur air. Tetapi yang aku masak ialah tomyam ayam dan sayur goreng. Aku menyenaraikan bahan-bahan untuk di beli dan membayar duit untuk Nurraysa. Selesai sahaja aku membeli barang, aku berehat seketika sebelum mula memasak.

TOMYAM AYAM

Bahan-bahan:-

1/2 ekor ayam yang telah dipotong kecil
1 batang lobak merah yang dipotong bulat
1 biji tomato yang dikerat empat
1 biji bawang besar yang dihiris nipis
3 ulas bawang putih yang dihiris nipis
1 biji bawang merah yang dihiris nipis
5 ulas cili api yang diketuk
3 batang serai yang diketuk
2 biji limau kasturi
2 helai daun limau purut
1 paket pes tomyam adabi
3 cawan air
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Tumiskan bawang putih dan merah hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan kacau hingga separuh masak.
  4. Masukkan air hingga mendidih, kemudian masukkan serai, daun limau purut dan bawang besar.
  5. Masukkan pes tomyam dan perahkan limau kasturi serta cili api.
  6. Masukkan lobak merah dan tomato.
  7. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  8. Biarkan mendidih sehingga tomato dan lobak merah masak.
  9. Hidang dan siap untuk di makan.




SAYUR KUBIS GORENG



Bahan-bahan:-

1 biji kubis bulat saiz sederhana
1/2 batang lobak merah 
3 ulas bawang merah dihiris nipis
1 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji cili merah dipotong serong
sedikit sos tiram
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak

Cara-caranya:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan lobak merah, kubis dan kacau rata.
  3. Masukkan sos tiram, garam dan gula.
  4. Siap dan sedia untuk dihidang.



Selepas siap memasak, aku bersiap sedia untuk ke bazaar ramadhan. Di bazaar ramadhan, aku membeli dadih dan air tembikai laici sahaja. 

Selamat menjamu selera. Aku rasa tomyam ayam aku tak cukup garam, tawar sikit. Kemudian, aku tambah sedikit garam dan lada hitam. Sayur goreng itu cukup masin dan aku seorang sahaja yang makan. Ayah aku dah beli lauk; kari kepala ikan. Ayah aku makan nasi dan kari kepala ikan sahaja.
Tak apalah.. Lauk yang lebih itu boleh buat sahur. Cuma perlu masak nasi sahaja. 

Sekian, tamat sudah cerita hari ini.

Terima kasih sudi membaca.

You May Also Like

4 comments

  1. Menu ringkas macam ni dah masuk selera dah kan. Salam singgah sini mya

    ReplyDelete
  2. akak pun masak ringkas je..janji homecook hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mya pun prefer homecook dari beli.. kalau beli pun pencuci mulut je.

      Delete