5 Things That Cross My Mind A Lot

by - 04:48


Assalamualaikum,

blog challenge



Hi,

Korang rasa boleh tak kalau satu topik ini je aku berbahasa Malaysia. Perkara-perkara macam ini banyak menggunakan minda dan khayalan aku untuk menulis. Tak apa kan?

Topik pada hari ini ialah 5 perkara yang banyak kali terlintas dalam fikiran aku. Sebenarnya bila aku tengok sekeliling, banyak benda yang terlintas bukan sahaja di dalam fikiran tetapi juga di dalam hati. Jeng jeng jeng.

Perkara yang terlintas di dalam fikiran penulis adalah

  1. Kahwin
    Ramai kawan dan orang yang aku kenal yang lagi muda daripada aku dah kahwin. Dah ada anak lagi. Bilalah agaknya jodoh aku nak sampai. ;(  Bercakap pasal kahwin ini, rasa cemburu pula bila ada kawan-kawan upload gambar anak. Aku sukakan kanak-kanak. Geramnya. Perasaan aku untuk menjadi ibu semakin membuak-buak. Wahai si pemilik hati, terimalah diriku ini seadanya. "Sibuk cakap pasal kahwin, calon tak ada lagi. Lainlah kalau dah ada calon, suruh sahaja dia masuk meminang."
  2. Kerja
    Susah juga bila jadi pengganggur yang nak cari kerja. Kalau boleh nak mohon sampai utara, tetapi mengenangkan tiada transport + lesen. KL pun jadilah. Aku nak try cari 2-3 kerja lagi. Huh! "Jangan mengeluh! Tak elok." Buat masa sekarang, aku hanya kerja sambilan sebagai dropship Nurraysa sahaja. Aku dah apply mana yang aku boleh apply. " In sha allah kalau ada rezeki, ada lah yang memanggil untuk bekerja.
  3. PTPTN
    Dalam kepala dah memang set, cari kerja, kumpul duit dan setelkan hutang. Dah setel segala hutang, kau nak buat apa, buatlah. Tak ada orang kisah pun. Nak melancong ke luar negara pun, pergilah. Tiada siapa pun yang dapat halang. Inilah matlamat aku yang pertama. Langsaikan hutang.
  4. Bercuti
    Dah lama juga aku tak pergi bercuti. Asyik-asyik kena tinggal sahaja. Nak pergi luar negara, passport tak ada, PTPTN kena setel dahulu. Nak ajak kawan-kawan, I seganlah. Walaupun kawan sekali pun. Semua orang busy. Aku tak suka ganggu dan menyusahkan orang. Ada kawan aku cakap aku macam tu, sebab tu aku jarang mesej kawan-kawan. Nak jaga hati orang.
  5. Lesen kereta + motor
    Hajat aku nak mempunyai lesen tu sebenarnya dah lama. Ada orang nak sponsor lagi itu. Aku ni tinggi orangnya, agak-agak kereta myvi atau axia tu boleh ke aku drive. Muat ke? Aku dah plan paling lambat tahun depan ambil lesen. Susahlah tak ada transport. Agak-agak susah tak?

Aku nak tanya perkara apa yang selalu bermain di fikiran korang? Sharelah dekat sini. 

Thanks for reading.

Love,
Mya Rosli






You May Also Like

0 comments