Week 1: Dadih Coklat | Ramadhan Raya Blogger Contest

by - 00:01


Assalamualaikum,


Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest


Minggu Pertama

Tema: Delicious Ramadhan


dadih coklat
Sumber: Google

Makanan kegemaran aku semasa iftar ialah dadih coklat. Nak tahu kenapa aku suka dadih coklat dan bukannya perisa lain. Aku kan suka semua pencuci mulut yang berperisa coklat. Bercakap pasal Ramadhan, tinggal 3 hari lagi sebelum seluruh umat Islam meraikannya. Bila masuk sahaja bulan Ramadhan, perkara yang paling aku suka ialah bazaar Ramadhan. Kalau dulu zaman sekolah, mesti tunggu ayah aku balik kerja dulu, baru pergi bazaar bersama-sama. Tapi bila dah meningkat dewasa, dah ada duit sendiri, apa lagi jom pergi beli. Menu utama yang selalu aku pergi beli di bazaar Ramadhan ialah pencuci mulut. Pencuci mulut seperti dadih dan puding karamel merupakan kegemaran aku dan adik aku. Tak sah kalau tak beli pencuci mulut terutamanya dadih. Setiap hari wajib beli dadih coklat. Kalau tak makan semasa berbuka, aku makan pada waktu malam pula. Aku bukannya malas nak buat tapi kena ada mood, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ini.

Resepi Dadih Coklat

Bahan-bahan:-

  • Serbuk dadih segera perisa coklat
  • 3000 ml air
  • satu tin susu cair
  • 100g gula pasir
Cara-cara:-

  1. Masukkan semua air ke dalam periuk, aku pakai periuk besar sikit.
  2. Bila air dah panas, masukkan gula pasir dan kacau sehingga larut.
  3. Kemudian, masukkan 1 tin susu cair ke dalam periuk.
  4. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Bila dah mendidih, padamkan api.
  6. Kemudian, masukkan serbuk dadih. Jangan lupa untuk kacau sekali. Biar serbuk dadih itu larut.
  7. Bila dah larut, masukkan gula buah yang disertakan sekali dengan serbuk dadih. Kacau sehingga sebati.
  8. Biarkan sejuk dahulu.
  9. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam acuan kegemaran. 
  10. Tunggu sejuk sedikit dan terus masukkan ke dalam peti ais.
  11. Dah siap.
Kebiasaanya, aku hanya buat dadih berdasarkan resipi di belakang pek serbuk dadih segera. Acuan dadih, ikutlah nak pakai bekas apa, asalkan sedap. Selalunya kalau aku pakai acuan dadih biasa, dapat dalam 50 bekas. Banyak tu. Memang puas aku dengan adik aku makan.

Susu Cair F&N

susu


Aku boleh buat stok dengan hanya beli susu cair sahaja. Bukan sahaja untuk buat dadih, malah pelbagai jenis pencuci mulut. Banyak lagi barang yang harganya mampu milik. Harganya yang berpatutan sempena promosi Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sehingga 90%.

Apa tunggu lagi! Marilah kita bershopping sakan di Lazada dengan klik banner di bawah.. 

ramadhan lazada


Sekian, terima kasih.

You May Also Like

2 comments

  1. Cik Ila pun suka dadih. Tapi tak pernah buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu rajin lah masuk dapur.. tapi kebelakangan ini, masuk bila perlu sahaja.

      Delete