Lodge 37 , Ranau

by - 16:00



Assalamualaikum,dah habis buat kerja? Bolehlah baca pelbagai kisah benar pergerakan menjelajah kami dalam blog ini. Apa yang akak tulis berdasarkan pengalaman kami di situasi semasa. Terima kasih kepada pembaca yang  sudi membaca. 

Kali ini akak nak cerita pengalaman bermalam kami di Ranau. Kami berdua bukanlah menginap di lokasi yang mewah,nak budget nak jimat nak jalan banyak lokasi yang belum sampai di Sabah. Jadi kena bermalam di lokasi yang sesuai dan budget.

Pilihan kami kali ini ialah di Lodge 37. Jangan tanya kenapa dan mengapa nama Lodge 37,tak sempat nak temuramah tuan miliknya. Sampai malam jam 8,kalau di Ranau pukul 8 malam gelap gelita. Kebetulan pula tak bawa peralatan khemah,jadi kami menginap di sini. LODGE 37.


ceritaku.my

Inilah bilik penginapan kami pada malam tersebut,depan bilik kami ialah kaunter utama. Kami memang memilih bilik di tingkat 1,malas nak mendaki ke aras yang lebih tinggi. Tapi rupanya ada lif  - hotel budget. Hebat kan ,hotel budget ada lif. Mana nak dapat begini.

ceritaku.my

Lodge 37 ini merupakan antara pilihan ramai,hotel budget yang ada di Ranau. Terletak di jalan utama menuju ke Pekan Ranau,bersebelahan pula dengan Petronas. Aras bawah Lodge 37 ada,kedai runcit dan kedai makan dihujung bangunan. Dilengkapi dengan kemudahan CCTV yang memantau keselamatan kenderaan. Kami letak kenderaan kami betul-betul di zoom kamera CCTV.

ceritaku.my

Ini merupakan ruang utama depan kaunter pendaftaran check in bilik. Bagi yang berminat nak cuba bermalam di Lodge 37 boleh layari laman sesawang.
1. Agoda.com
2. Booking.com
3. Tripadvisor-boleh baca review Lodge ini.
4. Facebook-boleh direct booking.
5. Hotel.com

ceritaku.my

Kalau anda nak cepat boleh saja call talian ini. Apa-apa pun pilihan ditangan kalian,kena rajin buat bacaan dan rajin online untuk mendapat pilihan harga yang menetapi budget sendiri. 


Jangan risau,Lodge 37 ada wifi. Nak ke pekan Ranau sangat dekat berjalan pun sampai,nak ke Kinabalu park agak jauh sikit dalam 19km. Boleh saja naik bas tempatan kalau nak rasa pengalaman menaiki kenderaan awam di Sabah.


Selamat bercuti,dan selamat menjelajah dengan budget sendiri. Hingga kita jumpa lagi. Salam jelajah dunia dari akak dan Abe Mat.

You May Also Like

0 comments