Assalamualaikum, salam jelajah negara sendiri. Kalau sebelum ini pembaca sudah baca mengenai Pasar Kota Belud dan Pasar Kota Belud 2. Kali ini saya ingin memaparkan gambar Tamu Kota Belud. Kami dah singgah Tamu Kota Belud ini pada tahun 2010 yang lalu. Kali ini kami singgah lagi.
Seawal jam 8 pagi kami sudah berada di sini,kerana jika pada tahun 2010 yang lalu kami terhimpit dengan kesesakan lalu-lintas. Kali ini kami bergerak awal dari Bandar Kota Kinabalu. Maklumlah saya membawa ibu dan anak saudara untuk bercuti di Sabah. Rupanya kami terlajak awal. Masih belum ada peniaga yang siap untuk berurus-niaga.
Dari jauh,pelbagai pelusuk kampung mereka datang semata-mata nak berniaga di Tamu Kota Belud. Tamu Kota Belud ini merupakan salah satu daya tarikan utama Negeri Di Bawah Bayu kepada dunia luar. Malah di Bandar Kota Kinabalu lagi sudah kelihatan kain rentang mengenai Tamu Ini. Tidak dapat dinafikan ada pelancong asing khususnya yang datang dari negara Eropah memang menanti hari untuk hadir dan merasai pengalaman di Tamu Kota Belud.Bagi yang berhajat mengenai lebih lanjut mengenai Tamu Kota belud bolehlah layari INI.
Tiada gambar menarik untuk dipaparkan kerana kami singgah awal di sini. Akhirnya kami bergerak ke Pasar Kota Belud. Emak beli pisang di situ "katanya murah!".
Alhamdulillah,kami nampak ada bangunan baru di Keningau. U-turn dan bila sampai depan bangunan barulah nampak. Ianya merupakan Pusat Kraftangan Keningau. Dulu kami sampai Keningau,tiada lagi Pusat Kraf ini. Dah semakin banyak perubahan di Keningau. Assalamualaikum orang Keningau! kami singgah lagi.
![]() |
| Internet |
Pusat Kraf Keningau ini terletak di km5, Jalan Apin-apin. Berhampiran jalan besar. Senang sangat nak perasan,sebab ianya bangunan baru dan berada di jalan besar laluan utama.
![]() |
| Internet |
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Pusat Kraf ini. Sebagaimana contoh gambar di atas,aktiviti belajar mencanting batik. Saya lihat juga di sudut hujung bangunan ada aktiviti membuat botol atau bekas dari bahan kaca. Tidak ketinggalan saya dapat lihat ada sekelompok individu yang begitu ralit membuat pelbagai saiz bakul. Amat seronok 2 anak saudara melihat pelbagai aktiviti seni yang ada di Pusat Kraf ini. Bagi yang berminat nak membeli produk bolehlah pesan online di SINI.
![]() |
| Internet |
![]() |
| Internet |
Bagi adik-adik di sekitar Keningau bolehlah datang dapatkan info jika berminat nak belajar kraftangan di sini. Isi borang yang diperlukan seterusnya hantar pada pihak yang terlibat dan pihak kraf akan menghubungi kalian. Jangan lupa di Semenanjung pun ada Pusat Kraf...di Jalan Conlay, di Trengganu , Pahang dan Kelantan. Saya sekadar menyenaraikan beberapa cawangan pusat kraftangan sahaja. Sekian hingga ketemu lagi.
Assalamualaikum,lambaian kembara dari kami. Kalau dulu pembaca asyik membaca kisah kami ke luar negara. Kali ini Malaysia Timur kami terokai. Sudah lebih 5 kali kami ke Sabah,pembaca boleh rujuk di link KOTA BELUD.
Dulu kami bermotorsikal ronda pusing 1 Borneo,kali ini kami berkereta. Biasalah kalau bawa orang tua ke sini,kena masuk pasar. Atas alasan mak nak tengok apa yang ada di Pasar Kota Belud. Nasib baiklah mak saya tak borong semua buah di sini. Kata emak , buahnya besar nampak segar dan yang paling penting ianya murah.
Tamu Kota Belud dan Pasar Kota Belud ada bezanya. Apa bezanya? Lihat link ini TAMU KOTA BELUD. Pertama perbezaan lokasi urus-niaga,kedua perbezaan masa yang tertentu saja bagi Tamu Kota Belud berbanding dengan Pasar Kota Belud. Ketiga perbezaan produk jualan yang ada di Tamu Kota Belud dan Pasar Kota Belud. Yang paling penting Tamu Kota Belud ini merupakan salah satu daya tarikan pelancong untuk pergi dan singgah ke Sabah ini.
Alhamdulillah,kami (saya dan suami dah merasai pengalaman di Tamu dan Pasar Kota Belud). Kali ini saya memberi peluang pada emak dan anak saudara saya rasa sendiri pengalaman suasana pasar masyarakat negeri di bawah bayu ini. Memang seronok mereka, habis dari penjaja ulam-ulaman,peniaga sayuran hingga ke ikan-ikan dilihat dan ditanya harganya. Pengalaman baru buat mereka untuk lebih mendekati dan mengenali masyarakat di sini.
Salam lebaran buat semua pembaca. Ada plan nak bercuti tak? Bagi yang nak balik ke Kedah boleh singgah di Ulu Legong Hot Spring ini. Kami dah pergi. Lokasinya hanya sekitar 22 km dari Bandar Baling. Dari Kelantan kami nak ke Penang,tapi bila google ada lokasi menarik ini. Kami tukar plan dan terus pandu ke Baling menuju Ulu Legong.
Malam kami sampai,sesudah azan maghrib. Jangan risau sini ada surau. Senang saja kami dicaj rm5 untuk khemah banglo. Lihat gambar atas. Bayaran lain ada tapi Abe Mat yang urus semua,tapi kesimpulannya memang best tempat ini. Kami diberi kebebasan nak dirikan khemah banglo kami. Tetapi dengan syarat ianya tidak mengganggu laluan orang ramai.
Kami dirikan khemah atas rumput berdekatan dengan kolam. Mulanya kami 4 beranak saja di situ. Tapi beberapa jam kemudian datang pula keluarga lain yang turut mendirikan khemah berdekatan kami. Malah ada juga yang tidur beralaskan tikar semata-mata. Tidak boleh saya bayangkan kerana kami yang berkhemah ini siap hidupkan ubat nyamuk fumakila lagi. Kebetulan nyamuk memang banyak serta seronok terbang cari mangsa.
![]() |
| Internet |
![]() |
| Internet |
![]() |
| Internet |










