2 SYAWAL | THROWBACK

by - 06:20


Assalamualaikum,

THROWBACK


Hari ini mya nak throwback pula cerita Hari Raya Kedua. Apa yang mya dan family lakukan pada hari raya kedua ini? Sebenarnya, rancangan asal keluarga mya untuk pulang ke Kuala Lumpur ialah pada hari raya ketiga. Tetapi disebabkan ruang rumah atuk terlalu kecil, keluarga mya dan keluarga pak cik terpaksa pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Ini kerana pada hari tersebut, 3 buah keluarga lagi dari Kuala Lumpur ingin pulang ke kampung. Apa yang keluarga mya lakukan ialah bersiap, kemas barang dan beraya ke beberapa buah rumah saudara di Batu Pahat sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Destinasi pertama sebelum pulang ke rumah ialah rumah Mak Nyah. Rumah kakak ayah ini terletak di Parit Terus, Sri Medan. Sampai sahaja di destinasi, kami dihidangkan dengan kuih raya dan mee goreng. Mengikut perancangan emak mya, kami akan beraya 5 buah rumah sebelum pulang. Jadi, mya kena kawal pemakanan. Perut mya ini tak boleh isi penuh sangat, nanti bila dah meragam merana satu badan. Mya hanya mengambil kuih dan minum 2 cawan air sahaja.

Selepas itu, kami pergi beraya di rumah Mak Uda di Batu Pahat. Sebelum kami dihidangkan dengan makanan, mya bermain bersama anak-anak saudara. Semuanya comel-comel belaka. Di sini kami makan makanan yang dimasak oleh Kak Yong (Anak sulung Mak Uda.) Menu yang dimasak oleh Kak Yong ialah nasi putih, paprik udang dan mee goreng udang. Mya sebenarnya alahan udang tapi mya tibai je. Lantaklah apa nak jadi pun. Raya kat rumah Mak Uda tak lama sebab ada ramai lagi tetamu yang datang selepas kami 2 buah keluarga.

Sepatutnya destinasi ketiga kami ialah rumah Pak Itam dekat Pagoh tapi malangnya Pak Itam tiada di rumah. Jadi, kami terus ke Sungai Rambai, Melaka. Rumah mak mertua abang mya, a.k.a besan mak dan ayah mya laa. Sampai sahaja di rumah kakak ipar, kami dijemput menjamu selera yang disediakan. Menu dekat sini menyebabkan mya makan dua kali tambah. Antara menu yang disediakan ialah asam pedas ikan, sambal ayam, ayam goreng, sayur terung goreng dan minuman. Selepas menjamu selera, kami berborak sesama sendiri sebelum keluar untuk menangkap gambar. Sudah beberapa kali mya datang ke rumah kakak ipar tetapi ini first time mya tengok macam-macam jenis binatang belakang rumah; kucing, arnab, merpati, itik dan ayam. Selepas itu, kami terus beredar ke destinasi seterusnya.

Rumah terakhir pada hari raya kedua ialah rumah Mak Usu di Cheng, Melaka. Mya agak terkejut apabila melihat rumah mak usu. Pertama kali sampai rumah mak usu ni. Kami dijemput masuk dan menjamu kuih raya yang tersedia di dalam balang. Cucu Mak Usu hidangkan kami brownies dan cheese tart. Tak sampai beberapa minit, cheese tart dan brownies dah habis kami makan. Nampak sangat yang kami lapar. Anak-anak sahaja, mak ayah tidak terlibat. Selepas itu, kami menjamu selera makanan yang disediakan oleh Kak Intan, anak Mak Usu.. Menu terakhir kami pada 2 Syawal ialah nasi putih, sayur kubis goreng, sambal udang, asam pedas ikan pari dan tembikai. Selepas itu, mya bersenang lenang di atas buaian dan ketika itu juga, hujan mula turun dengan lebat. Kami tunggu hujan reda sebelum mulakan perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Kami bertolak dari rumah Mak Usu pada pukul 10 malam. Selepas itu, kami mengikut jalan lama dari Melaka ke Seremban untuk mengelak kesesakan jalan raya. Kami sekeluarga sampai di rumah pada pukul 12.05 malam. Akibat terlalu letih, mya terus masuk tidur selepas berehat seketika..

Apa coretan Hari Raya Ketiga pula ya? Nantikannya..

Love,
Mya Rosli

You May Also Like

7 comments

  1. Wah beraya sakan. Maksu mama pun duduk.cheng tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. minggu pertama raya je.. lepas tu tak gi mana-mana dah

      Delete
  2. Wah...Bestnya beraya byk rumah keluarga... =)

    ReplyDelete
  3. wow. rata semua negeri.
    raya kedua aida di melaka pagi nyer.
    ptg dah ada di johor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya raya kat johor sampai raya ke3 tapi disebabkan ramai lagi sedara mara nak balik, kitorang check out dulu.

      Delete