How Careless I Am
Assalamualaikum,
Hari ini mya nak cerita apa yang berlaku pada minggu lepas serta serba sedikit tentang mya. Mya seorang yang berhati-hati dan kadang-kadang buat kerja dalam keadaan slow motion. Terlalu lambat. Mya boleh je buat kerja dengan pantas tapi hasilnya mestilah tak memberansangkan. Ini disebabkan mya seorang yang sangat cuai. Walaupun dah tahu halangan dan persekitaran macam mana, mya nak juga langgar semua itu. Ada sekali itu, mya boleh tersepak meja makan. Terus naik lebam dekat kaki. Banyak kejadian yang berlaku ke atas mya disebabkan cuai. Jom kita stori lebih sikit.
Mya sampai sekarang ingat kejadian yang meninggalkan parut di kaki. Masa kejadian itu berlaku, mya belajar tingkatan 2, sesi petang. Rutin mya setiap hari adalah mengemas rumah sebelum ke sekolah. Tapi pada hari kejadian, akibat terlebih rajin; cermin di bilik mak mya jatuh dan pecah. Semasa membersihkan serpihan kaca tersebut, kaki mya tercucuk kaca dan berdarah. Semasa mya mencabut kaca tersebut, terasa pedih dan banyak darah keluar. Lantai bilik mak mya ada banyak tompokan darah. Nak minta tolong orang, tiada sesiapa di dalam rumah. So, mya balut kaki dengan tisu sahaja dan bersihkan bilik mak mya. Mya basuh tempat luka dan bersihkan dengan tisu. Sampai sekarang hanya tinggal parut sahaja.
Sifat cuai mya makin menjadi-jadi terutamanya kejadian yang berlaku pada minggu lepas. Mya boleh terduduk atas cermin mata. Habis cermin mata mya hilang tangkainya. Mya ini bukan sahaja cuai malah pelupa pula itu. Semasa kejadian, lampu di bilik sudah ditutup. Mya lupa dekat mana letak cermin mata. Bila dah ingat, bukannya boleh ulang kembali masa itu. Mya punyalah cuak dan menangis mengenangkan cermin mata patah. Bukan itu je, apa yang mya nak jawab dengan ayah mya. Ayah mya laa garang, nanti dia marah mya. Pagi keesokannya, mya dengan selamba pakai cermin mata yang diikat dengan bingkai lama. Fuh!! Ayah mya tak perasan langsung. Tetapi kantoi juga dengan abang mya. Banyak betul soalan dia. Akhirnya, ayah mya tahu juga. Padan muka kena marah. Buatlah lagi.
Bila cermin mata dah patah, macam mana nak pergi event hujung minggu ini. Oh no!! Mana nak cari cermin mata baru. Yang paling penting, mana nak cari duit beli cermin mata baru. Kakak ipar mya suggest pakai contact lens sementara cermin mata patah dan digantikan. Tapi kan sepanjang hayat mya, mya tak pernah pakai contact lens. Hehehehe. Macam mana mya nak hadapinya. But for now, mya nak cuba baiki cermin mata ini kalau boleh. Tapi kalau tak boleh, nampaknya pakai contact lens laa mya ini.
Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Lots of love. <3 <3
20 comments
laaa, sampai mcm tu pula terduduk atas spec :( ..
ReplyDeletelepas ni kena berhati2 ...
itulah.. lepas ni kena letak barang kat tempat tinggi.
Deletesokay, dah sampai masa kot spek tu...
ReplyDeletetapi masalahnya baru 2 tahun
DeleteTerima kasih sebab sudi tinggalkan link blog dekat Fb Uyul untuk diletakkan dalam bloglist pada bulan lepas. :)
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
you're welcome :)
Deletebila tak ada cermin mata memang rasa kabur betul pandangan. huhu
ReplyDeleteyup. nak buat kerja pun susah ;(
DeleteAlahai, kalau patah memang kena beli baru. Huhu. Spek mata pun boleh tahan jugak mahalnya. Samaa lah Nani pun tak pandai guna contact lens
ReplyDeleteitulah pasal. duit tak masyuk lagi, spek yang lama ni pun dah mahal. Inikan pula nak beli yang baru.
DeleteHihi...kena berubah pelan pelan ni...banyak rugi jadi orang yang cuai ni tau =)
ReplyDeleteokay
Deleteoh kita pun pernah terduduk atas spek sendiri. Tapi zaman dah kerja..tu pun..
ReplyDeletekita lupa letak mana
Deletelahai.. camne leh careless camtu... sayang spec tu..
ReplyDeletepsssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #31.
http://www.mialiana.com/2017/07/senarai-url-blog-31.html
Keputusan pemenang akan diumumkan pada malam ini. Gud luck.
Sayang sangat2 tapi nak buat macam mana, mya tak nampak
DeleteSempat practice guna contact lens..
ReplyDeleteI'll try, kak SA. Thank you.
DeleteIni lah masalah orang bercermin mata macam kita. Selalu terlupa letak cermin mata kat mana.. hehehehehee.. :p
ReplyDelete...
selalu sangat lupa
Delete