Monggoluton Campsite
Assalamualaikum dari Kiulu. Salam bermalam dari hutan. Kami bermalam di sini. Nak tahu cuba lihat dalam FB mereka MONGGOLUTON CAMPSITE. Lokasi ini terletak di Kampung Poturidung, kawasan Tamparuli. Satu kawasan perkampungan yang masih terjaga dengan situasi kampung yang sangat selesa dan nyaman.
Mulanya akak dan Abe Mat tak merancang nak bermalam disini,tapi bila dah singgah sini, rasa pula selesa dan bekal makanan basah pun ada. Akhirnya kami ambil keputusan bermalam juga di sini. Harga bermalam untuk bilik rm50 saja. Rujuk gambar di bawah. Ada kelambu lagi. Memang rasa kampung-kampung sangat. Tidur dalam kelambu. Dinding pula dari belahan buluh yang dilapisi varnis,dengan kemudahan tenaga elektrik. Bolehlah caj phone dan ada kipas juga. Hanya kena sapu krim nyamuk untuk menghalau nyamuk-nyamuk kampung..hihiii.
Jangan risau,di jalan utama akan nampak papan signboard yang menunjukkan lokasi penginapan ini. Memang melalui jalan kecil kerana ianya terletak di tanah persendirian yang berada betul-betul di pinggir sungai. Malah yang bestnya,kalau waktu kemuncak aktiviti "water rafting" kita dapat melihat mereka melakukan aktiviti ini dari pangkin depan lokasi penginapan.
Kalau nak info lanjut bolehlah klik link yang akak dah letak di perenggan pertama di atas. Yang mata terang bolehlah zoom gambar yang akak beri di atas.
Inilah pandangan sisi bilik penginapan kami. Bangunan ini ada 2 bilik berasingan yang dilengkapi katil dan diletakkan pangkin di depan bilik. Bolehlah penginap duduk santai depan bilik sambil menikmati pemandangan sungai.
Yang best lagi,ada lokasi redup yang sesuai untuk berkhemah. Ada juga surau yang berwarna hijau,untuk kemudahan penginap muslim. Bersebelahan surau pula disediakan bilik mandi dan tandas yang siap-sedia diasingkan antara pengguna lelaki dan wanita.
Sesuailah sangat kalau nak datang riadah bersama keluarga atau,cikgu-cikgu bawa murid camping di sini.
Lupa pula nak beritahu,nak BBQ ada juga disediakan pondok atau ruangan memasak. Tapi bahan mentah bawalah sendiri. Dengan bekalan sendiri lebih menjimatkan dan lebih seronok bersantai sambil bercuti ala-ala kampung...memang kampung pun.
Ok ...akak nak jalan ke lokasi lain nanti akak cerita lagi,tetapi lokasi lain lah. Bye,selamat membaca.
Ok ...akak nak jalan ke lokasi lain nanti akak cerita lagi,tetapi lokasi lain lah. Bye,selamat membaca.
0 comments