Kursus Khusus Sukan Sea 2017 | Throwback

by - 01:19


Assalamualaikum,


Sukan Sea 2017


Hari ini saya nak cerita bagaimana saya boleh terlibat dengan Sukan Sea 2017. Sukan Sea 2017 atau lebih dikenali Temasya Kuala Lumpur 2017 yang menggabungkan Sukan Sea yang ke 29 dan Sukan Para Asean yang ke 9. Sukan Sea akan bermula pada 19 - 30 Ogos 2017, manakala Sukan Para Asean akan bermula dua minggu selepas Sukan Sea selesai. Saya akan terlibat dengan Sukan Sea sahaja sebagai Sukarelawan Team Penginapan. Bagaimana saya terpilih untuk bahagian penginapan, bukannya bahagian lain? 

Saya terpilih untuk bahagian penginapan kerana saya yang memilihnya semasa pendaftaran Sukarelawan Sukan Sea 2017 di laman web Kuala Lumpur 2017. Saya ingin mendaftar untuk menjadi Sukarelawan Sukan Sea kerana saya ingin keluar dari zon selesa. Saya juga ingin mencabar diri lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan orang. Saya mendaftar sebagai Sukarelawan Sukan Sea pada hujung tahun 2016. Selepas itu, saya tidak pasti sama ada saya dipilih ataupun tidak.

Pada awal bulan Januari 2017, saya telah menerima satu emel daripada Kuala Lumpur 2017 yang menyatakan saya terpilih sebagai Sukarelawan Sukan Sea 2017. Saya juga diminta hadir ke Kursus Umum pada 1 dan 2 Februari 2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi dimana saya perlu mendaftar, mengisi borang, mengambil gambar dan pergi ke kolej kediaman masing-masing. Saya telah berkenalan dengan rakan sebilik saya iaitu Amy. Saya anggap Amy sebagai adik saya sebab dia baru berumur 18 tahun. Amy mendapat tugasan yang berbeza dan agak berat daripada saya iaitu bahagian protokol. Kumpulan saya yang hadir pada tarikh tersebut dipanggil Kohort 7. Jumlah kohort sepanjang Kursus Umum berlangsung tak silap saya ada 21 kohort kot. Banyak aktiviti yang kami jalankan seperti Kahoot, haka dan lakonan. Memang seronok sangat-sangat. Sebelum kami pulang ke rumah, kami diberitahu yang emel untuk Kursus Khusus akan diblast pada bulan April 2017.

Tunggu punya tunggu, emel yang ditunggu-tunggu tak sampai juga. Nasib baik team penginapan ada group Whatsapp, sekurang-kurangnya dapatlah juga info-info terkini mengenai kursus khusus tu. Rupa-rupanya kena cek nama dalam sistem. Alhamdulillah, nama saya ada dalam sistem. Saya kena hadir kursus pada 15 Julai 2017, iaitu pada minggu lepas. Saya ingatkan team penginapan sahaja, rupa-rupanya ada 4 team yang terlibat; penginapan, protokol, hadiah dan sajian. Saya nampak Amy masa pendaftaran, ingatkan nak jumpa selepas habis je kursus tapi tak boleh. huhuhu. Sampai sahaja di tempat pendaftaran, saya terus beratur untuk mendapatkan baju kursus dan fail kursus. Sebelum itu, saya berkenalan dengan kawan baru lagi. Alhamdulillah, ada juga kawan dalam team penginapan ini. Nama dia Christine dan berumur 20 tahun. Selepas itu, kami terus tukar baju dan bersiap sedia untuk pengambilan gambar kad akreditasi. 

Baju Sukarelawan Bahagian Depan
Baju Sukarelawan Bahagian Depan

Baju Sukarelawan Bahagian Belakang
Baju Sukarelawan Bahagian Belakang

Sijil Kursus Sukarelawan
Sijil Kursus Sukarelawan

Selepas pengambilan gambar, kami terus masuk ke dewan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Kami terus mencari tempat duduk dan menunggu taklimat bermula. Mengikut surat yang diberi, kursus bermula pukul 7. 30 pagi termasuk pendaftaran. Tetapi disebabkan kelewatan rakan sukarelawan yang lain, taklimat team penginapan dan sajian bermula pada pukul 10.00 pagi. Ada yang dari jauh, hadir awal supaya tidak terlepas taklimat juga penat menunggu. Tepat pada pukul 10.00 pagi, bermulanya taklimat yang disampaikan oleh Sekretariat Kementerian Belia dan Sukan dan Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sepatutnya kursus ini tamat pada pukul 5.30 petang tetapi bagi team penginapan, kami dibenarkan pulang awal kerana pemilihan hotel sudah dicabut undi. Taklimat tentang tugas kami untuk lebih terperinci akan diadakan perjumpaan pada awal bulan Ogos 2017 nanti. Cuba teka saya dapat hotel apa? Saya cabut undi hotel dalam Kuala Lumpur sahaja kerana pengangkutan awam dah tersedia ada dan hampir dengan kawasan rumah. Saya dapat Hotel Royal Kuala Lumpur untuk penginapan pegawai teknikal. Saya hampir keliru dengan Royale Bintang kerana berada di dalam kawasan yang sama. Manakala Christine pula mendapat hotel Sunway Putra untuk Kontijen Atlet Filipina. Kini tinggal 29 hari lagi sebelum Temasya Kuala Lumpur 2017 bermula. Doakan saya supaya boleh buat yang terbaik. Fighting!!

Nantikan entri seterusnya...

Terima kasih... <3 <3











You May Also Like

9 comments

  1. Wah tak sabar mama nak baca lagi pengalaman Mya nanti

    ReplyDelete
  2. aril singgah ye . blh tau christine tu universiti mana ? sbb kwn aril pun ade nama christine umur 20 thun ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah.. tak ingat universiti mana tapi dekat bukit jalil, medical student.

      Delete
  3. Wah..untungla cari pengalaman jd sukarelawan..sejak2 akhir2 ni penuh parking dpn msn mungkin ada kairan dgn aukan aea

    ReplyDelete
    Replies
    1. kursus khusus juga tu tapi khas untuk bidang sukan sahaja..

      Delete
  4. RAJINNYA joint. bagus for your social rapport.. gudlak dik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time join event besar. saya nak up confidence level bila dengan orang ramai. thank you kak Aishah

      Delete